“Sambvtan H4ri L4hir yang Berb3za,” Shuib B4wa Anak2 Zi4rah Pus4ra Arw4h Isteri

Tahun ini mungkin tak lagi sama seperti tahun-tahun sebelumnya buat Shuib apabila menyambut hari lahir isteri tersayang, Allahyarham Siti Sarah Raissuddin tanpa kehadirian insan istimewa itu.

Tapi perancangan Allah S.W.T cukup berbeza kerana Dia menggantikan dengan seorang ‘malaikat kecil’ sebagai hadiah dari arwah iaitu Ayash Affan yang baru sahaja dibenarkan pulang ke rumah sehari sebelum hari lahir Siti Sarah.

Bawa anak2 ke pusara arwah

Jadi, bersempena dengan hari lahir arwah, Shuib telah membawa ahli keluarga serta ketiga-tiga anaknya selain Ayash ke pusara Siti Sarah yang telah meninggal dunia pada 9 Ogos 2021 yang lalu.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Shuib Sepahtu (@shuibsepahtu)

Di ruangan kapsyen, Shuib seakan bermonolog dengan memberitahu yang dia serta anak-anak datang untuk menyambut hari lahir arwah di ‘rumah’ baru arwah. Walaupun keadaan telah jaub berbeza, namun pelawak tersebut memaklumkan yang rasa cintanya tetap utuh.

“Selamat Ulang Tahun kelahiran yg ke-37 Sayang. Harini I dengan Anak2 sambut Birthday U dekat rumah baru U. InsyaAllah, walaupon berbeza keadaan, I tau u ade je dengan kitorang, RASA CINTA YG TETAP SAMA INSYAALLAH. Semoga Allah ampunkan segala dosa, dan Allah letakkan U disyurga Tertinggi. InsyaAllah, SEMOGA ALLAH SATUKAN KITA SEMUA DI SYURGA. AMIN, AL FATIHAH SITI SARAH BT RAISSUDDIN 5 Sept 1984 – 09 Ogos 2021,” tulisnya

Anak bongsu sudah dibawa pulang ke rumah

Terdahulu, usahawan dan pelawak tersebut telah memuat naik ke media sosialnya berkenaan kepulangan anak bongsu tersayang, Ayash Affan ke rumah selepas lebih sebulan berada di hospital sejak dilahirkan.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Shuib Sepahtu (@shuibsepahtu)

Dapat dilihat anak-anaknya yang lain menyambut kehadiran adik mereka dengan begitu gembira. Shuib juga menyifatkan yang Ayash merupakan hadiah teristimewa kepada dia dan anak-anak yang lain oleh arwah isteri sebelum kepulangannya kepada Illahi.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! @ROSE MERAH

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page @ROSE MERAH

Sumber: Instagram Shuib Sepahtu

PERHATIAN: Pihak @ROSE MERAH tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak @ROSE MERAH juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri