“Ibu Bapa L4ri Entah Ke Mana,” Apa N4sib Anak Usiia 9 Bulan Tanpa Seb4rang D0kumen Ni?

“Kami simpati nasib dan masa depan bayi ini. Apatah lagi kedua ibu bapa kandungnya sudah melarikan diri tanpa membayar sewa rumah,” ujar Sahril Salleh, 47, dan isteri, Siti Norzamzirah Abu Bakar, 47.

Pasangan itu yang tinggal di Kampung Jenderam Hilir, Dengkil di sini, mendakwa membantu memelihara bayi itu, Aniq Syazwan, sembilan bulan, sejak dilahirkan.

Sahril berkata, mereka mengambil Aniq Syazwan sebagai anak angkat berikutan pasangan warga Indonesia itu mendakwa mereka tidak mampu membesarkan bayi itu atas faktor kesempitan hidup.

“Kami pernah meminta ibu bayi itu tampil membantu menyelesaikan masalah urusan permohonan dokumen pengenalan kanak-kanak itu secara sah melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).

“Kali terakhir berhubung dengan ibu bayi ini bernama Imelda adalah pada Julai lalu. Ketika itu kami menyuarakan cadangan kepada wanita itu supaya membuat dokumen pengenalan diri Aniq Syazwan.

“Kami bagaimanapun terkejut apabila pemilik rumah didiami pasangan itu memaklumkan ibu bapa Aniq Syazwan sudah lari meninggalkan rumah tanpa membayar sewa,” katanya tadi.

Malah menurutnya, majikan bapa bayi itu mendakwa lelaki terbabit sudah sebulan tidak hadir ke tempat kerja.

“Kami bimbang sekiranya Aniq Syazwan tidak memiliki dokumen pengenalan diri dan menyukarkan bayi malang ini untuk menempuh alam persekolahan.

“Orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung ibu bapa bayi itu boleh menghubunginya di talian 012-6768513,” katanya.-CARI

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! @ROSE MERAH

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page @ROSE MERAH

Sumber: Harian Metro

PERHATIAN: Pihak @ROSE MERAH tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak @ROSE MERAH juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri