“Sel4ma Ini Aku Di4m,.. ” Ini K4ta2 Lana Nodin Selep4s Sel4mat Tiba di Amerika Syarikat

KUALA LUMPUR: Pelakon sensasi, Lana Nodin memaklumkan dia sudah selamat tiba di negara suaminya, David McKienzie, Amerika Syarikat.

Lana memuat naik status panjang lebar di akaun Instagramnya sebagai maklum balas terhadap segelintir netizen yang mengecam hebat terhadap dirinya yang didakwa anti-vaksin.

“Ini video khas aku buat untuk yang selalu menghina dan masih mencaci serta suka buat spekulasi sendiri tanpa tanya saya. Tanpa selidik, mengkaji kenapa dan apa yang saya buat!

“Ada yang kata oh dia tidak lepas di lapangan terbang, apa lagi berjaya nak balik ke Amerika Syarikat. Di sana lagi teruk semua tidak boleh, dine-in, riadah, masuk pusat beli belah atau masjid.

“Selama ini aku diam sebab orang dekat portal ramai yang mengutuk dan menghina. Bahkan ada yang lebih tahu fasal Amerika Syarikat dari negara yang selalu aku keluar masuk,” luahnya.

Lana atau sebenarnya Mazlina Hasan Nodin, berkata, jangan ada lagi yang bertanya dan nilaikan sendiri. Malah kepulangannya adalah mengikut perundangan tanpa “tingkap”.

“Sekarang aku balik dan lihat sendiri siapa yang betul! Dari aku apply MTP, buat dokumen yang sah mengikut undang-undang Malaysia dan bertolak ke Lapangan Terbang Kuala Lumpur sampai ke Amerika Syarikat.

“Alhamdullilah perjalanan aku sangat dipermudahkan, tiada sebarang diskriminasi atau apa-apa masalah! Tiada orang dalam. Ini semua Allah SWT dan bila Kun Fa Yakun, jadilah… siapa kita nak pertikaikan rezeki, ajal dan apa-apa pun daripada Dia?

“Jadi jangan nak suka hati jadi polis pencen, wartawan atau doktor yang korang sekarang buat di media sosial. Sedangkan anda tidak tahu mana yang sahih dan mana yang berita angin! Hentikan menakutkan dengan perkara yang tidak perlu dan hiduplah dalam wabak ini! Covid-19 is real, kini endemik, bukan lagi pandemik!,” coretnya.

Mengakhiri luahan panjang lebar, Lana berterima kasih kepada mereka yang selalu di sampingnya dan mendoakan agar bumi ini cepat pulih.

Terdahulu Pelakon Lana Nodin menggesa Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah meletakkan jawatan sebagai Ketua Pengarah Kesihatan menerusi perkongsian di InstaStory miliknya.

Memetik laporan Astro Gempak, Lana atau nama sebenarnya Mazlina Hasan Nordin mendakwa Dr Noor Hisham hanya ‘berlakon’ semata-mata dengan berbekalkan wajah kasihan dan keletihan.

Menerusi InstaStory tersebut, pelakon berusia 41 tahun itu memuat naik sedutan video memaparkan beberapa petugas yang lengkap pakaian perlindungan diri (PPE) dipercayai sedang menguruskan kontena jen4zah.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! @ROSE MERAH

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page @ROSE MERAH

Sumber: trending sgt

PERHATIAN: Pihak @ROSE MERAH tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak @ROSE MERAH juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri