“Jang4n Cvba2 Nak Sampai Penang…” Caprice Ded4h Terima 60 Mesej Ugvtan

Ada saja kisah kontroversi selebriti dan juga influencer terkenal, Caprice atau nama sebenarnya Ariz Ramli yang menjadi sorotan ramai.

Kali ini, Caprice telah memuat naik beberapa akaun Instagram yang mengeluarkan ugutan di direct message (DM) untuk bertemu dan berniat untuk mencederakan influencer tersebut.

Datang Penang ‘habis’ katanya

Dedah akaun IG individu yang ugut

Caprice juga telah mendedahkan akaun-akaun Instagram yang ‘sembang lebat’ mahu membuat perhitungan dengannya kerana berasa tidak puas hati disebabkan beberapa isu yang tular sebelum ini.

Walaupun isu-isu yang disensasikan oleh influencer berkenaan tidak ada kena mengena dengan netizen-netizen tersebut, namun mereka tetap mengajak Caprice bertemu untuk menyelesaikan ‘masalah’ yang tidak dinyatakan.

Terima lebih 60 ugutan sejak 2 bulan lepas

Jadi, menerusi InstagStory, Caprice memohon maaf kerana perlu ‘menganjing’ semula individu-individu tersebut disebabkan  sepanjang dua bulan kebelakangan ini, dia sendiri telah menerima lebih daripada 60 ugutan termasuklah ugutan bunuh.

Menurutnya, perkara tersebut bukanlah sesuatu yang kelakar. Dia bersedia untuk  membawa hal ini ke tindakan undang-undang dan jika mereka mahukan secara fizikal, dia juga bersedia.

Namun, Caprice berpesan supaya tidak berharap kepadanya untuk menutup mulut kerana akan sentiasa bersuara mengenai isu yang dilihat tidak baik.

Penat nak buat laporan polis je

Menjawab saranan daripada netizen yang meminta influencer tersebut membuat laporan polis, Caprice memaklumkan yang dia penat mahu menguruskan segala ugutan-ugutan tersebut kerana terlalu banyak.

Dia juga memaklumkan yang ada banyak lagi isu yang perlu diselesaikan dan mahu fokus kepada misi utamanya berbanding semua ugutan yang diterima sejak berada di Mesir, Jordan, KLIA dan ketika kuarantin.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! @ROSE MERAH

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page @ROSE MERAH

Sumber: Instagram Caprice

PERHATIAN: Pihak @ROSE MERAH tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak @ROSE MERAH juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri