“Wahai 0limpik Yang Pertama,” Saya ‘Hang’ Lee Zii Jia Terpksa Akvr Setak4t Ini Saja

Rasanya masih belum habis untuk membahaskan tentang kecemerlangan atlet badminton negara, Lee Zhii Jia  di Olimpik Tokyo 2020 walaupun dia tewas kepada atlet China, Cheng Long pada perlawanan semalam.

Pelbagai kata semangat telah diberikan kepada atlet berusia 23 tahun itu supaya terus berusaha di masa hadapan dan akan menyinar untuk kejohanan selanjutnya.

Jadi, selepas hanya mendiamkan diri dan mengucapkan terima kasih kepada seluruh penyokongnya, Lee Zhii Jia akhirnya memuat naik luahan perasaannya di Instagram dengan tiga bahasa untuk rakyat Malaysia.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Lee Zii Jia 李梓嘉 (@leeziijia)

Sedih dan kecewa

Dalam penulisannya yang panjang lebar, Lee Zhii Jia akui sedih, sayu dan kecewa yang tidak terkata kerana menghampakan rakyat Malaysia ketika negara dirundung pandemik Covid-19.

Betapa kesalnya dia tidak dapat melakukan yang terbaik dan ia benar-benar satu perasaan yang tidak dapat digambarkan.

Terima kasih semua yang menyokong

Namun atlet berusia 23 tahun ini mengucapkan ribuan terima kasih kepada seluruh rakyat Malaysia diatas sokongan yang tak berbelah bahagi kepadanya.

Dia juga mengucapkan terima kasih lepada semua yang terlibat dalam sukan Olimpik dan dapat merasai sebenar-benarnya sebagai seorang atlet apabila menjejakkan kaki di Olimpik Tokyo.

Akan terus berlatih sebaiknya

Jadi, dengan sokongan yang begitu mendalam, dia berjanji akan bangkit dan terus rajin berlatih untuk meneruskan perjuangannya agar suatu hari nanti dapat menyanyikan lagu Negaraku di bumi luar agar bergema di seluruh podium.

Sehubungan dengan itu, rata-rata warganet telah meninggalkan komen positif kepada Lee Zhii Jia agar terus berusaha mengejar impian kerana suatu hari nanti tidak mustahil kejayaan akan berlaku.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! @ROSE MERAH

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page @ROSE MERAH

Sumber: Instagram Lee Zhii Jia

PERHATIAN: Pihak @ROSE MERAH tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak @ROSE MERAH juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.