“Drama Queen, Kesian R4kyat Jadi Mngsa” Ini Habvan Syed Saddiq Dapat Daripada TMJ Selepas R4yu W4ng Ik4t J4min

NAMA Syed Saddiq Syed Abdul Rahman hangat diperkatakan selepas dia dituduh pecah amanah melibatkan wang berjumlah RM1 juta pada Khamis.

Pada hari yang sama, Ahli Parlimen Muar berusia 29 tahun itu tampil menerusi siarai langsung (live) di Facebook dan Instagram, memohon sumbangan ramai bagi membantunya melunaskan wang ikat jamin berjumlah RM330,000.

Laporan berita mengenai hal itu yang dikongsi ke media sosial pada Khamis malam ternyata mengundang pelbagai reaksi netizen.

Paling mencuri tumpuan tentunya Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim yang turut meninggalkan komen pada posting itu.

“Drama Queen. Kesian rakyat yang sentiasa jadi mangsa permainan politik. Berlakon dan menipu rakyat semata-mata nak undi dan kuasa.

“Hampir semua tak boleh percaya. Semoga Allah peliharakan rakyat dan negara,” tulis TMJ pada ruangan komen.

Setakat Jumaat pagi, komen TMJ di Instagram  menerima lebih 6,500 tanda suka (likes).

Selain TMJ, ramai pengikut turut memberikan pandangan masing-masing berhubung kenyataan Syed Saddiq yang memohon sumbangan dalam siaran itu.

“Rakyat pun tersepit nak membazir duit dekat kau pula buat apa?

Antara komen di Instagram.

“Dah kenapa rakyat nak derma kat dia ni. Rakyat sendiri ada yang tak tahu cukup makan ke tidak sekarang.

“Aku duit sewa tertunggak pun buat macam-macam kerja nak bayar sewa. Kau sedap-sedap mengemis dekat rakyat.

“Dia minta derma, so siapa nak bagi silakan. Dah korang tak mampu nak bagi, so diam je la.

“Rakyat pun ambil moratorium, lagi nak bayar dia?

“Lebih baik bagi (duit) kepada orang yang susah,” tulis beberapa individu.

Untuk rekod, Syed Saddiq pada Khamis pagi dibicarakan atas tuduhan pecah amanah melibatkan wang berjumlah RM1 juta daripada dana milik Parti Pribumi Bersatu di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur.

Dia bagaimanapun mengaku tidak bersalah atas pertuduhan pecah amanah setelah pertuduhan dibacakan kepadanya di hadapan hakim Mahkamah Sesyen Azura Alwi.

Menurut kertas pertuduhan, Syed Saddiq, sebagai ketua pemuda parti itu diberi kepercayaan dana sayap pemuda parti Armada Malaysia, dan didakwa pecah amanah yang mana dia dikatakan melakukan pengeluaran wang sebanyak RM1 juta melalui cek tanpa persetujuan kepimpinan tertinggi Parti Pribumi Bersatu.

Menerusi siaran live pada hari sama, Syed Saddiq memohon sumbangan ramai untuk membantunya melunaskan wang ikat jamin dan membiayai kos guaman melibatkan kes mahkamah itu.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Syed Saddiq (@syedsaddiq)

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! @ROSE MERAH

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page @ROSE MERAH

Sumber : mstar

PERHATIAN: Pihak @ROSE MERAH tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak @ROSE MERAH juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.