“Terlalu Letih,” Alasan Fr0ntliner Svntik ‘Vaksin K0song’

Sungai Siput: Kementerian Kesihatan (KKM) tidak menolak kemungkinan tiga kes tular membabitkan isu suntikan ‘vaksin kosong’ di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) berpunca daripada situasi keletihan dihadapi petugas serta sukarelawan barisan hadapan.

Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Dr Noor Azmi Ghazali berkata, justeru semua petugas disarankan memberitahu keadaan diri sekiranya kepenatan dan berasa perlu mendapatkan rehat secukupnya sebelum menyambung tugas.

“Kita lakukan kerja dengan bersungguh-sungguh. Tetapi apabila sudah letih, kita mesti beritahu supaya dapat ‘direhatkan’. Kalau kita teruskan juga tugasan dalam keadaan letih maka terhasil kerja tidak produktif atau terbaik.

“Dalam isu ini (suntikan picagari kosong) kita sangat bimbang kerana membabitkan isu nyawa orang lain. Jadi kita kena bercakap masalah kita dan berkongsi dengan orang, jangan diam sahaja sebaliknya minta untuk direhatkan jika letih.

“Benar, sememangnya kita turut ‘stress’ (tertekan) dengan masalah berkaitan sumber manusia namun KKM sentiasa berfikir dan dinamik; Kami akan ‘mobilize’ (menggerakkan) petugas dari tempat (PPV) kurang sibuk ke PPV yang sibuk.

“Turut digerakkan adalah petugas di PPV yang memiliki ramai individu berpengalaman ke PPV yang lebih memerlukan petugas berpengalaman,” katanya pada lawatan kerja rasmi ke PPV Awam Dewan Majlis Perbandaran Kuala Kangsar (MPKK), di sini, tadi.

Turut hadir Pengarah Kesihatan Perak, Datuk Dr Ding Lay Ming; Pegawai Daerah Kuala Kangsar; Zulhisham Ahmad Shukori; dan Ketua Polis Daerah Sungai Siput, Superintendan Mohd Khaizam Ahmad Shahabudin.

Beliau mengulas tiga insiden tular di media sosial membabitkan beberapa individu disuntik dengan picagari kosong di PPV di Kedah, Kuala Lumpur, dan Selangor.

Dalam perkembangan berkaitan, Noor Azmi turut menasihati semua petugas atau sukarelawan di PPV supaya memperbetulkan niat untuk bekerjasama menghapuskan wabak Covid-19.

Reaksi itu diberikan susulan laporan seorang wanita berusia 32 tahun yang menjadi mangsa gangguan seksual seorang anggota keselamatan yang bertugas di sebuah PPV di Johor Bahru.

“Saya maklum mengenai kes itu dan mangsa sudah membuat laporan polis. Kita semua datang ke PPV dengan satu niat iaitu untuk bekerjasama menghapuskan wabak Covid-19. Nawaitu harus jelas, dan hati juga harus ikhlas buat kerja bersungguh-sungguh,” katanya.

Sementara itu, Noor Azmi berkata, masih tiada keperluan untuk KKM melakukan PPV secara hadir terus atau ‘walk in’ khusus kepada golongan dewasa yang belum mendapat janji temu vaksinsi di negeri lain sebagaimana yang dilakukan di Selangor dan Kuala Lumpur bermula 1 Ogos kelak. -CARI

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! @ROSE MERAH

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page @ROSE MERAH

Sumber: Harian Metro

PERHATIAN: Pihak @ROSE MERAH tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak @ROSE MERAH juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.