“Kel0nggaran Individu Lengk4p 2 D0s V4ksin B0lehkan Pas4ngan, Keluarga J4rak Jauh Disatukan Semula” TPM

MENGAMBIL berat keluhan rakyat, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata kerajaan akan mempertimbangkan kelonggaran kepada mereka yang sudah melengkapkan dua dos vaksin Covid-19.

Ujarnya, antara keluhan yang sering disuarakan ramai adalah pasangan jarak jauh atau ibubapa yang terpisah daripada anak-anak kerana larangan merentas negeri.

“Sebagai seorang bapa, saya sedar betapa pentingnya institusi kekeluargaan itu kepada manusia.

“Walaupun atas faktor keselamatan, ibu atau bapa tidak sepatutnya terpaksa berpisah dengan anak-anak dalam tempoh yang terlalu lama. Lebih-lebih lagi jika ibubapa berkenaan sudah pun menerima dua dos vaksin,” katanya menerusi satu hantaran di Facebook.

Ismail Sabri yang juga Menteri Pertahanan berkata, beliau sendiri sering membawa isu itu ke dalam mesyuarat Majlis Keselamatan Negara (MKN) untuk meneliti perkara tersebut.

“Saya sering membawa isu ini dalam mesyuarat MKN, supaya kelonggaran bertemu keluarga dapat dipertimbangkan bagi mereka yang sudah lengkap menerima dua dos vaksin.

“Insya-Allah, kerajaan sedang memperhalusi cadangan ini bagi membolehkan pasangan dan keluarga jarak jauh disatukan semula,” katanya lagi.

Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin pada Sabtu lalu berkata, kelonggaran kepada individu lengkap dos vaksin Covid-19 akan diputuskan pada mesyuarat Majlis Pemulihan Negara pada minggu depan.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! @ROSE MERAH

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page @ROSE MERAH

Sumber : mStar

PERHATIAN: Pihak @ROSE MERAH tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak @ROSE MERAH juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.