Pengantin berjvrai air mata di pelamin, hiba tengok bapa menangls tak sanggvp ‘lepas’ anak bongsu – “Saya kira, memang sembilan kali ulang lafaz”

RAKAMAN memaparkan seorang bapa yang menangis sewaktu upacara akad nikah anak gadisnya tular di aplikasi TikTok.

Menurut Shazwanie Masfarhah, 24, dia sebagai pengantin perempuan turut sebak menyaksikan bapanya, Md Farid Masris, 56, gagal menahan air mata dalam majlis itu.

Bercerita kepada mStar, wanita yang mesra disapa Farra ini mendedahkan sudah bernikah dengan pasangannya Muhamad Zuhaimi Zuriman, 26, pada 21 Januari lalu menerusi majlis ringkas di kediamannya di Shah Alam, Selangor.

Jelas Farra, bapanya pada waktu itu berat hati untuk melepaskan dirinya memandangkan dia merupakan anak bongsu perempuan dalam keluarga.

“Saya anak kelima daripada tujuh beradik. Tapi saya merupakan anak perempuan bongsu. Ayah sendiri yang nikahkan kami.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by mStar (@mstaronlineofficial)


“Sebenarnya saya yang paling rapat dengan ayah sejak kecil. Sebelum kahwin pun memang saya selalu ambil berat mengenai ayah.

“Sebelum kahwin, setiap malam ayah akan tanya. Betul ke saya saya dah bersedia nak kahwin? Dia berat hati nak lepaskan,” ujar Farra.

Kata Farra, lafaz akad nikah itu terpaksa diulang sebanyak sembilan kali kerana bapanya terpaksa berhenti akibat tidak dapat menahan sebak.

farra2

Fara dan suami bergambar kenang-kenangan dengan bapanya pada majlis itu.

Jelas Farra lagi, dia yang berada di atas pelamin bersama ibunya turut sebak menyaksikan hal itu memandangkan bapanya pernah ditimpa str0k sebelum ini.

“Ayah ada sakit juga, dia pernah kena strok sebelah badan. Pada waktu akad nikah, saya kira memang sembilan kali kena ulang lafaz.

Ayah pesan, nanti datang jenguk-jenguk dia.

FARRA

“Pada waktu itu hanya ada keluarga saya dan pengantin lelaki. Suami saya berseorangan, keluarganya tak datang kerana tengah Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

“Akad nikah dilakukan online. Saya, suami dan keluarga di rumah kami. Kemudian kami buat panggilan video dengan pejabat agama.

“Orang pejabat agama tu pun turut tenangkan ayah, minta bertenang dulu. Kali kesembilan barulah selesai.

farra4

Farra kini menetap dengan suami di Kuantan, Pahang.

“Masa tu saya lap je mekap di wajah sebab menangis. Dah tak fikir dah. Selesai akad nikah, terus saya peluk dan tenangkan ayah,” imbasnya sebak.

Jelas Farra, bapanya sekali lagi tumpah air mata apabila dia perlu mengikut suami dan menetap di sana, tidak lama selepas mereka dinikahkan.

“Masa saya nak pergi ke Pahang pun ayah menangis. Ayah pesan, nanti datang jenguk-jenguk dia. Dengan saya sekali menangis.

“Sejak lepas kahwin dan duduk di Pahang, sampai sekarang tak boleh rentas untuk balik tengok ayah.

farra3

Farra akui sebak mengenangkan semula majlis yang berlangsung pada Januari lalu.

“Setiap hari kami buat panggilan video, kadang-kadang sampai satu jam,” ujarnya lagi.

Dalam pada itu kata Farra, dia sekadar berkongsi momen air mata itu di TikTok untuk memberi mesej kepada netizen mengenai dalamnya kasih sayang bapa terhadap anak.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Malaysia Times

Sumber : mstar

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! @ROSE MERAH

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page @ROSE MERAH

PERHATIAN: Pihak @ROSE MERAH tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak @ROSE MERAH juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.