“Too Many Berpura-pura..” Ini Reaksi TMJ Selepas Caprice Cuba M4lukan Ebit Lew di Instagram

PETALING JAYA – Penyanyi rap dan usahawan, Caprice mendedahkan dirinya disekat pendakwah bebas, Ustaz Ebit Lew di laman Instagram, hari ini.

Caprice atau nama sebenarnya, Ariz Ramli, 32, menerusi platform Instagram Stories mempersoalkan tingkah laku Ebit ketika misi kemanusiaan di Gaza, Pal3stin baru-baru ini.

“Budak miskin yang sama, terima mainan yang sama tetapi diminta bergaya untuk kamera dua kali. Orang Gaza soal kenapa nampak macam sesi foto.

“Caprice adalah penyokong nombor satu ustaz selama ini. Isu mainan itu kec0h selepas orang Gaza soal Caprice mengenai gambar tersebut,” tulisnya dalam sekurang-kurangnya 13 hantaran Instagram Stories petang tadi.

Tangkap layar beberapa tulisan Caprice ‘menegur’ tingkah laku Ebit melalui Instagram Stories miliknya hari ini.

Menurutnya, beliau sudah menghantar mesej panjang lebar secara peribadi kepada Ebit namun penyanyi itu mend4kwa dirinya akhirnya telah disekat dari laman Instagram Ebit.

Pendedahan tersebut dilihat menimbulkan rasa kurang senang netizen terutamanya dalam kalangan penyokong Ebit.

“UEL (Ustaz Ebit Lew) baru saja kehilangan arwah ayah beliau. Awak boleh pula hendak serang dan perli ustaz ketika ini,” komen @arsyadrosman.

“Kalau boleh, tengok dan baca kedua-dua belah pihak. Jangan sokong sesiapa lagi. Serius,” ujar @fdlismazairi.

Caprice menyatakan beliau telah menghantar mesej peribadi kepada Ebit berhubung isu tersebut baru-baru ini.

Sejak beberapa hari lalu, nama Caprice hangat diperkatakan selepas penyanyi itu memberitahu bakal mendedahkan satu perkara yang akan mengejutkan orang ramai pada 21 Julai ini.

Dalam pada itu, pengguna-pengguna media sosial turut mend4kwa Caprice menyindir seseorang di laman sosial miliknya melalui ruangan kapsyen dan komen.

Pengguna-pengguna media sosial turut membuat spekulasi dan mendakwa penyanyi itu sedang menyindir Ebit di laman sosial miliknya.

Terdahulu, Caprice berangkat ke Gaza, Palestin pada 24 Jun lalu untuk menyertai misi bantuan kemanusiaan kepada penduduk di sana.

Namun, beliau dikatakan masih belum boleh memasuki Gaza dan kini berada di Kaherah, Mesir

Dalam pada itu, TMJ terus mendoakan dan menyokong usaha-usaha murni Ustaz Ebit Lew

TMJ juga ada menjawab pertanyaan netizan mengenai apa yang berlaku

Dalam perkembangan terkini, Ustaz Ebit Lew terus melakukan kerja-kerja amal, tanpa mempedulikan mengenai tuduh4n li4r dari caprice

Baru dua hari kehilangan bapa, Ebit Lew teruskan ‘misi’

PETALING JAYA – Meskipun baharu sahaja kehilangan bapa tercinta dua hari lalu, namun pendakwah bebas, Ustaz Ebit Lew terus meneruskan misinya membantu orang ramai.

Menerusi perkongsian terbaru di laman Facebook hari ini, beliau telah turun padang menyantuni masyarakat dan merasmikan Pusat Penilaian c0v1d-19 (CAC) di Stadium Titiwangsa.

Pada masa masa, Ebit telah menyumbang beberapa peralatan di CAC tersebut antaranya ‘canvas’ bed 100 unit, peralatan perlindungan diri (PPE) 200 unit, laptop tiga unit, tablet Tab A 10 unit dan kipas 10 unit.

“Terharu, sebak sangat dengan pengorbanan doktor, jururaw4t, pembantu perubatan (MA), petugas Kementerian Kesihatan (KKM), sukarelawan bagi membantu misi negara ini.

“Besarnya pengorbanan mereka, setiap hari pakai baju PPE, kerja yang setiap hari semakin berat. Ya Allah, semoga Allah beri kekuatan pada semua doktor, jururawat, MA, dan frontliner negara,” katanya pada hantaran tersebut.

Pada masa masa Ebit turut mendoakan agar Allah S.W.T mengangkat c0v1d-19 dari negara kita dan semoga Allah membantu mereka yang memerlukan.

Susulan hantaran itu, pelbagai reaksi dan komen yang telah ditinggalkan oleh pengguna Facebook di ruangan komen.

“Terima kasih banyak-banyak Ustaz Ebit Lew kerana cakna dan prihatin dengan kesengs4raan yang dialami oleh seluruh rakyat malaysia.

“Semoga Allah juga membalas dengan kebaikan, diatas segala perbuatan baik ustaz di dunia dan akhirat, aminn,” tulis Sue Jija pada ruangan komen.

Turut meninggalkan komen adalah seorang lagi pengguna dikenali sebagai Nur Fatihah.

“Bangga dengan ustaz, kuatnya hatimu, baru kehilangan ayah tercinta tetapi tetap teruskan perjuangan untuk bantu kami.

“Moga Allah sentiasa lindungi ustaz dunia akhirat, sejuta dalam satu, insan yang terpilih,” katanya.

 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Rose Merah

Sumber : http://trendingsangat.pw

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut: