“Trump Buat Hal Lagi,” Kali Ini Cadangkan Dokt0r Svntik Ble4ch Untuk R@wat C0VID-19

Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump kembali menimbulkan kegemparan dalam kalangan rakyatnya sendiri — pastinya, pasukan perubatan tentu naik pening memikirkan tentang sikap ‘main cakap’ pemimpin mereka yang satu ini.

Masih ingat lagi kes seorang lelaki Arizona yang menemui ajal selepas menelan chloroquine fosfat, iaitu sejenis bahan pencuci akuarium? Kejadian malang itu dikatakan berlaku, selepas Trump berkongsi beberapa ‘manfaat’ pengambilannya untuk mencegah jangkitan COVID-19.

Tidak lama selepas itu, Trump dilihat cuba menghasut penyokongnya di beberapa negeri supaya melakukan protes untuk menamatkan perintah berkurung.

Dan kali ini, satu lagi kontroversi tercetus — apabila presiden itu mengusulkan idea ‘tidak masuk akal’ agar suntikan cecair pembasmi kuman diberi kepada pesakit untuk merawat jangkitan COVID-19!

Kenyataan itu nyata mengundang padah, apabila beliau menerima kritikan pedas daripada pakar kesihatan yang secara terang-terangan menolak idea tersebut.

Malah, mereka juga berpendapat kenyataan demi kenyataan yang dikeluarkan presiden itu dalam sidang media harian hanya mendatangkan lebih banyak bahaya daripada maklumat yang berfaedah.

Susulan kenyataan Trump itu juga, gergasi pengeluar produk pembasmi kuman seperti Lysol dan Dettol iaitu Reckitt Beckinser — terpaksa tampil memberi amaran dan menasihatkan orang ramai agar tidak terpengaruh dengan cadangan tersebut.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page @RoseMerah

Sumber : lobak merah

PERHATIAN: Pihak Rose Merah tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Rose Merah juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.