“Wany Hasrita Mengakv Sesuatu.” Katanya Bila Tersalah Pilih Suami Semuanya Berakh!r.

Seronok jadi umat Islam sebenarnya. Kita ada banyak panduan yang cukup lengkap dalam segala serbi hal asas kehidupan manusia. Termasuklah mencari jodoh. Cuma, dengan pengaruh-pengaruh budaya luar yang datang dan menyongsangkan sedikit kita daripada jalan yang betul, lama-kelamaan masalah sosial semakin kelihatan dalam masyarakat kita, kerana kita sendiri enggan mengikut saranan Rasulullah saw. dalam mencari jodoh.

Penyanyi Wany Hasrita berkongsi langkah yang diambil untuk meneruskan kehidupan selepas mengharungi fasa putus cinta. Kata Wany, dia tidak lagi mengikuti individu tersebut di media sosial. “Saya akan ‘unfollow’ dia di media sosial sebab dekat situ akan nampak setiap aktiviti yang dikongsikan.

“Sedih memang sedih. Tapi selepas sebulan saya akan okey dan meneruskan kehidupan macam biasa,” katanya. Dalam pada itu, pelantun lagu Terlalu Memuja menyatakan perkahwinan adalah sebuah perkara yang perlu dititikberatkan.

“Kahwin tu bukan benda kecil. Untuk golongan wanita dia adalah isu yang besar. Sebab bila dah kahwin, dia akan jadi hak suami sepenuhnya. Bagi saya, perempuan yang paling malang adalah bila dia tersalah pilih suami. Jadi bila tersalah pilih suami semuanya berakhir,” katanya lagi.

Perkongsian itu dibuat menerusi sebuah program gaya hidup, Trek Selebriti yang dimuat naik di Youtube Kaki Sembang Studios. Trek Selebriti yang dihoskan oleh Alif Farhan itu ditayangkan di saluran Astro Ria (104) dan Ria ​(123).

Mungkin ada antara kita yang lupa? Mari kita imbas kembali pesanan Rasulullah saw. ini yang datang dari hadis yang berbunyi :

“Wanita dikahwini kerana empat hal: Kerana hartanya, kerana keturunannya, kerana kecantikannya, dan kerana agamanya. Maka hendaklah kamu pilih kerana agamanya, sebab kalau tidak demikian, nescaya kamu akan celaka”. (Hadith Shahih Riwayat Bukhari 6:123, Muslim 4:175).

Amat jelas di situ Rasulullah saw. menyarankan agar kriteria paling penting dalam mencari jodoh, ada 4 tetapi antara empat itu ada satu yang paling penting iaitu agamanya. Selain itu harta dan rupa, agama dan keturunannya.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page @RoseMerah

Sumber : GEMPAK

PERHATIAN: Pihak Rose Merah tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Rose Merah juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.