“Hun Haqeem Terlibat KemaIangan M0tosikal,” Ced3ra Ter0k Di Tvmit

PELAKON Hun Haqeem mengalami kecederaan teruk di bahagian kedua-dua tumit apabila terjatuh dari motosikal pada awal pagi, Ahad di sekitar Kuala Lumpur.

Menurut ibu kepada Hun Haqeem iaitu Suraya, memberitahu anaknya kini dirawat di Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM).

Selain tumit kaki, pelakon yang popular menerusi drama Kampung People itu juga mengalami kecederaan ligamen dan perlu menjalani pembedahan pada petang atau malam Ahad.

Hun turut berkongsi keadaannya di Instastory.

“Hun Haqeem jatuh motosikal sekitar pukul 12 lebih tengah malam tadi. Sekarang dia masih di HUKM. Dia mengalami kecederaan yang teruk di bahagian tumit.

“Disyaki mengalami kecederaan ligamen dan perlu menjalani pembedahan pada hari ini. Kemungkinan akan dibedah sekitar petang atau malam,” katanya.

Pihak pengurusan Hun iaitu syarikat Metrowealth ketika dihubungi mStar turut mengesahkan perkara itu dan memberitahu aktor tersebut masih menunggu giliran untuk dibedah.

“Disyaki mengalami kecederaan ligamen dan perlu menjalani pembedahan pada hari ini. “

SURAYA

IBU KEPADA HUN HAQEEM

Hun Haqeem turut memuat naik beberapa foto kecederaan yang dialaminya di Instastory miliknya pada Ahad.

Dalam pada itu, Suraya memberitahu kaki anaknya tidak boleh bergerak dalam masa empat hingga enam minggu sekiranya disahkan mengalami masalah ligamen.

Suraya juga memohon agar semua peminat mendoakan segala urusan dipermudahkan dan Hun Haqeem diberikan kesembuhan dengan cepat.

Hun mengalami kecederaan ligamen dan perlu jalani pembedahan.

“Ketika pembedahan nanti, kalau sah ligamen Haqeem tercedera, kaki dia tidak boleh bergerak dalam tempoh empat hingga enam minggu.

“Buat masa sekarang, Haqeem masih dirawat dalam bilik wad dan berharap kita sama-sama mendoakan agar segalanya dipermudahkan serta diberikan kesembuhan,” ujarnya.

Hun Haqeem kini sedang menjalani penggambaran drama Seindah Tujuh Warna Pelangi untuk slot Akasia di TV3.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page @RoseMerah

Sumber : mStar

PERHATIAN: Pihak Rose Merah tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Rose Merah juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.