Hebatnya Pengorbanan Lelaki Ini,Bungkus Anak Dalam Plastik Seberang Sungai Untuk Ke Sekolah

Kegigihan seorang lelaki menghantar seorang pelajar ke sekolah tular baru-baru ini apabila cara individu ini sangat mengejutkan dan meruntun jiwa.

Berlaku di perkampuangan Huoi Hua, Vietnam, ibu bapa sanggup memasukkan anak mereka ke dalam plastik nilon dan melihat anak-anak mereka merentasi sebatang sungai untuk ke sekolah.

Difahamkan, seorang lelaki akan diupah untuk membawa anak-anak ini menyeberangi sungai.

Ibu bapa hanya mampu melihat dari tepi tebing sungai sambil berdoa tentang keselamatan anak mereka.

Menurut laporan akhbar tempatan juga, selepas merentasi sungai selebar 20 meter, mereka terpaksa berjalan kaki sejauh 15km sebelum sampai ke sekolah.

Keadaan ini berpunca daripada paras air sungai yang meningkat sehingga melepasi jambatan penghubung. Air yang deras juga menghalang penggunaan rakit.

Hal ini merupakan keadaan biasa yang berlaku di perkampungan tersebut setiap kali tibanya musim hujan yang akan berlaku sekitar bulan Jun hingga Oktober.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di ROSE MERAH

Sumber: GPK