Bella Hadid & The Weeknd Putus Cinta Kali Kedua

Model antarabangsa, Bella Hadid dikhabarkan berp1sah dengan teman lelakinya, penyanyi The Weeknd atau nama sebenarnya, Abel Tesfaye buat kali yang kedua.

Memetik laporan HollywoodLife, perpisahan itu dikatakan berpunca dari jadual kerja mereka yang sangat sibuk.

“Bella dan Abel sudah lama tidak kelihatan bersama dan telah berp1sah untuk kali kedua, kemungkinan besar, ia berpunca dari jadual kerja mereka yang sangat sibuk.

“Sebelum ini, pasangan ini pernah berp1sah dan kembali bercinta ketika musim panas tahun lalu.

“Namun begitu, teman rapat Bella merasakan yang dia masih mencinta Abel, hanya masa yang menjadi kekangan ketika ini,” kata sumber.

Difahamkan, Abel kini sedang menumpukan perhatian untuk proses penghasilan album terbarunya.

Manakala Bella pula semakin sibuk dengan pekerjaannya sebagai model dan bakal tampil di beberapa pentas minggu fesyen antarabangsa tidak lama lagi.

Sumber : HollywoodLife