“Umur 3 Tahun Derlta Kns3r 0tak,” Bapa M0hon D0a Agar Anak Diberi Kekuatan

Seorang bapa memohon doa orang ramai untuk anak lelakinya Mohammad Nazfahrel Faizal agar diberi kesembuhan selepas menjalani dua kali pembedahan akibat kanser otak.

Menerusi Facebook group Ebit Lew Channel, Awang Faizal meluahkan rasa sebak setelah tidak dapat bertemu anaknya yang berusia tiga tahun itu berikutan kekangan akibat wabak Covid-19. Ikuti perkongsiannya…

Dikala kita dalam keadaan dunia yang dilanda wabak dan Ramadan pun musim PKP, kini Allah turunkan ujian lagi buat keluargaku. Allah uji sebab Allah sayang.

Dimana dia menguji seorang budak berumur tiga tahun menghidap penyakit kanser ketumbuhan di pangkal otak dan telah menjalani dua kali pembedahan dalam masa 24 jam.

Sebak dan sedih hati bercampur pilu kanak2 Mohammad Nazfahrel Faizal adalah anak saya sendiri. Kini dia masih berada di Hospital Wanita Dan Kanak-Kanak Sabah & akan meneruskan rawatan kemoterapi dan radioterapi.

Mungkin mengambil masa lebih kurang dua tahun.. Selepas pembedahan saya sendiri tak boleh bertemu anak saya sampailah sekarang disebabkan isu wabak Covid-19.

Disini saya ingin meminta dan memohon jasa baik anda cuma doakan keselamatan, kesembuhan dan dipermudahkan urusan anak saya.

Saya tidak meminta lebih hanya doa daripada anda. Terima kasih semua dan semoga Allah permudahkan dan beri perlindungan kepada kita semua. Aamiin.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page @RoseMerah

Sumber : Facebook

PERHATIAN: Pihak Rose Merah tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Rose Merah juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.