“Saya Punya Due Date Insya-Allah Julai..” Bella Astillah Dan Aliff Aziz Rvjuk Julai 2019, Bakal Bersalin Julai 2020.

Pelakon dan penyanyi Bella Astillah memberikan bayangan seakan-akan bakal bersalin pada Julai 2020. Namun, maklumat selanjutnya akan dikongsikan dari semasa ke semasa.

“Saya Punya due-date insya-Allah Julai. Nantilah saya beritahu,” katanya ketika sesi siaran langsung Instagram pada Isnin.

Tambah Bella, segala persoalan tentang rumah tangganya dan Aliff telah dirungkaikan menerusi ruangan Twitter miliknya sebelum ini.

Malah, penyanyi lagu Tenang itu mendedahkan dia dan Aliff telah kembali bersama selepas dua bulan bercer@i.

“Memang dari awal lagi (Julai tahun lepas) Bella dan kedua belah keluarga setuju untuk tak berkongsi apa-apa berita tentang kami sebab ada banyak lagi berita yang lebih perlu orang tahu.

“Apa yang saya nak sampaikan, dont jump into conclusions yang korang sendiri tak tahu pucuk pangkalnya.

“Mudah untuk orang menilai tetapi hanya saya dan keluarga tahu niat saya sudah memadai. Perkara yang pernah berlaku biarlah berlalu, manusia tiada yang sempurna.

“Saya cuba sebaik mungkin simpan dari tahun lepas dan saya pilih untuk berdiam diri sampailah orang tahu saya sudah rujuk balik.

“Ketika itu saya pilih untuk tak berkongsi kerana keadaan masih hvru-h4ra dan kami dalam tempoh yang ‘frag1le’,” katanya.

Bella dan Aliff disahkan bercer4i tal@k satu di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur pada 16 Mei 2019.

Dalam sesi siaran langsung Instagram itu juga, Bella memberitahu Aliff masih berada di Singapura manakala dia kini di Kuala Lumpur bersama keluarganya.

Ditanya mengenai sikap Aliff selepas ini, jawab Bella dia percaya manusia tidak akan selama-lamanya menjadi jah4t.

“Saya bukan sempurna, tak aliff pun tapi saya tak mampu nak mempertahankan sesiapa. Saya sendiri reda dan tawakal, saya juga hargai dia sebagai suami dan bapa kepada anak saya Ayden.

“Saya tak boleh nak sahkan Aliff sekarang seperti malaikat sebab kita semua manusia biasa, kalau dia nak berubah kita aminkan.

“Cuma sekarang saya bersabar dan percaya manusia tak akan sampai bila-bila jadi jah4t. Menuntut atau menerima kemaafan itu terpulang pada individu masing-masing.

“Saya terima apabila orag cakap saya b0doh dan nampak kononnya sal4h saya, tetapi saya nak yang terbaik untuk keluarga kecil saya,” jelasnya.

Tambah Bella, pilihannya untuk rujuk semula bersama Aliff demi memastikan kebahagiaan anaknya, Ayden Adrean.

“Orang cakap ada ramai lelaki di luar sana, tapi kita tak boleh bandingkan hidup kita dengan orang lain. Saya percaya ada hikmah di sebalik semua ini demi yang terbaik untuk Ayden.

“Saya seronok apabila dia ada kedua-dua orang tuanya. Siapa yang nak berkahwin untuk bercer4i.

“Semoga dengan perpis@han lepas boleh mematangkan dan menguatkan hubungan kami,” tambah Bella lagi.

 

View this post on Instagram

 

Thank you beautiful & kindhearted kakja selalu bagi semangat dan aura positive.

A post shared by T E N A N G (@bellaastillah) on

Kec0h baru-baru ini apabila Bella memaklumkan sudah kembali rujuk dengan Aliff ketika dalam tempoh iddah dan sedang berbadan dua.

Bella dan Aliff berkahwin pada 9 September 2016 namun mahligai yang dibina berkec4i kerana sikap Aliff sendiri yang kerap cvrang dengan wanita lain.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page @RoseMerah

Sumber : Gempak via soya lemon

PERHATIAN: Pihak Rose Merah tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Rose Merah juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.