“Satu Jam Raih 600K Views,” Resepi Khairul Aming Bersama Faizal Tahir Jadi Perhatian Ramai

Personaliti media sosial, Khairul Aming cukup terkenal dengan pelbagai resepi masakan menerusi video yang durasinya tidak perlu lama yang membuatkan dia menjadi diantara pilihan ramai ketika mahu memasak pelbagai resepi yang enak.

Sentiasa menjadi rujukan ramai menerusi laman sosial Instagram, sebenarnya pada bulan Ramadan juga personaliti media sosial ini aktif berkongsikan 30 resepi sepanjang Ramadan.

Pada tahun ini juga, Khairul Aming dilihat kembali aktif dengan berkongsikan pelbagai resepi yang seperti biasa rakaman videonya itu mencuit hati penonton.

Personaliti media sosial ini nampaknya bukan saja diikuti warganet dilaman Instagram miliknya itu namun sebenarnya ramai selebriti yang turut suka akan pelbagai resepi mudah darinya.

Sehingga jumlah followers Khairul Aming juga telah mencecah 2.3 juta gara-gara kreativitinya dalam menghasilkan video ringkas masakan dimana setiap kali postingnya pasti menerima pelbagai respon positif dan dalam pada masa yang sama meraih 1 juta tontonan.

Menerusi video ini juga tidak kurang hebatnya apabila dalam masa sekejap saja sudah meraih setengah juta tontonan dalam masa satu jam. Menariknya resepi di hari puasa keenam ini, Khairul Aming turut menampilkan penyanyi popular Faizal Tahir dalam videonya.

 

View this post on Instagram

 

Puasa Day 6 : Buttermilk Chicken featuring @faizal_tahir . . . Bahan2/Ingredients: 🌕500g ayam (500g chicken) 🌕Garam (salt) 🌕1 biji telur (1 egg) 🌕1 kotak kecil tepung bestari (1 small box bestari flour) 🌕2 sudu mentega (2 tbsp butter) 🌕1 biji bawang holland (1 holland/yellow onion) 🌕4 biji cili merah/hijau (4 red/gren chillis) 🌕Daun kari (curry leaves) 🌕3/4 tin susu cair (3/4 can evaporated milk) 🌕1-2 keping keju (1-2 cheese slices) . . . . No prejudice. All materials (excluding music) owned by Rasapop PLT. All characters created are fictional and not associated with any individual or parties. #food #foodie #minum #juice #malaysia #kualalumpur #tasty #healthy #drink #2020 #eat #recipe #resepi #masak #dapur #ramadan #puasa #30hari30resepi #sahur #berbuka

A post shared by Khairul Amin Kamarulzaman (@khairulaming) on

Dapat didengar adanya suara penyanyi popular tersebut dalam video resepi Khairul Aming terbaru itu dan ternyata ianya menerima pelbagai reaksi di ruangan komen sehingga lebih 5 ribu komen ditinggalkan.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page @RoseMerah

Sumber: Instagram Khairul Aming

PERHATIAN: Pihak Rose Merah tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Rose Merah juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.