“Rakyat Malaysia T0lak Agam4wan Tandvs AkhIak…” Amin Idris Tekad ‘Law@n’ Abu Syafiq

“Saya nekad untuk tidak memohon maaf…” Itulah yang dikatakan oleh personaliti TV Amin Idris, apabila diminta mengulas mengenai tuntutan maaf dan saman RM 1 juta yang dibuat oleh pihak Ustaz Abu Syafiq terhadapnya.

Tuntutan saman itu dibuat oleh Ustaz Abu Syafiq berikutan status dimuat naik Amin di laman sosial pada Sabtu lalu membabitkan isu dengan pendakwah bebas, Ustaz Ebit Lew yang dianggap menjatuhkan reputasi.

Bukan saya seorang yang melihat kebiadaban dia

Menurut Amin, setelah mendapat nasihat daripada peguamnya, dia memutuskan untuk meneruskan kes ini ke muka pengadilan, malah tindakannya itu mendapat sokongan ramai.

“Saya bersyukur kerana bukan saya seorang yang melihat kebiadaban dia. Dalam masa sama, ini menambah motivasi untuk teruskan berjuang. Lebih jelas ini juga tanda rakyat Malaysia menolak agamawan yang tandus akhlak…”

Balas surat saman Ustaz Abu Syafiq

Difahamkan kini, pihak Amin sudah bersedia mengarahkan peguam yang mewakilinya untuk membalas surat tuntutan daripada Abu Syafiq.

Terdahulu, pihak Ustaz Abu Syafiq, menuntut Amin membuat permohonan maaf di semua medium media dalam tempoh tujuh hari, berserta tuntutan RM 1 juta.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page @RoseMerah

Sumber : Harian Metro

PERHATIAN: Pihak Rose Merah tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Rose Merah juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.