“Nak Sangat Baca Al-Quran,” Non-Muslim Teringin Nak Tahu Isi Kandungannya

PU Azman merupakan antara pendakwah muda yang sangat aktif di media sosial. Dia juga kerap berinteraksi dengan warganet yang bertanyakan pelbagai soalan berkaitan isu-isu agama bagi menambah ilmu pengetahuan.

Boleh ke baca al-Quran?

Menerusi muat naiknya di Instagram semalam, PU Azman telah berkongsi satu sreeenshot perbualannya dengan seorang non-muslim yang bertanyakan berkenaan al-Quran.

Menurut perbualan tersebut, individu tersebut memberitahu bahawa dia merupakan seorang Kristian dari suku kaum Orang Asli yang berminat untuk mengetahui sama ada non-Muslim boleh atau tidak membaca al-Quran.

Jadikan Instagram medium dakwah

Dalam kenyataan PU Azman, dia memberitahu kepada individu tersebut bahawa membaca al-Quran walaupun bukan Islam adalah sangat dibolehkan.

Dalam kapsyennya di Instagram juga, PU Azman sempat menitipkan pesan supaya Instagram yang kita gunakan menjadi satu medium dakwah kerana setiap orang mempunyai tanggungjawab menyebarkan kebaikan.

Semoga diberi hidayah

Susulan daripada perkongsian yang dibuat oleh PU Azman itu, rata-rata warganet telah meninggalkan komen yanng pelbagai di Instagramnya.

Mereka mendoakan agar suatu hari individu itu menerima hidayah dan dapat memahami Islam dengan sebaiknya.

Boleh juga baca yang terjemahannya

Kita beri contoh yang baik buat semua

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page @RoseMerah

Sumber : PU Azman

PERHATIAN: Pihak Rose Merah tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Rose Merah juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.