“Memang An0ther Level Ni” Lukisan P0tret YDP Ag0ng Dan Permaisvri Karya Pemuda Ini Jadi Penghias K0tak Kurma Istana Negara

Rasanya ramai jugak anak-anak muda yang mengenali penulis dan pelukis, Teme Abdullah yang terkenal di Instagram dan Twitter. Admin pun suka tengok lukisan dan sketch dia, semua cantik-cantik. 

Kalau tahun lepas, dia pernah dijemput ke Istana Negara sebab hadiahkan lukisan potret YDP Agong dan Permaisuri Agong, kali ini pemuda yang kini menetap London, United Kingdom sekali lagi berjaya menempa nama apabila lukisan potret tersebut dijadikan sebagai cover kotak kurma Istana Negara. Wow, hebat betul!

 

View this post on Instagram

 

Alhamdulillah, dah masuk Ramadhan. Aku nak share satu cerita ni. Ia satu yang menggembirakan buat aku. Jadi aku rasa aku perlu kongsikan dengan kalian, my supporters 💕. Kira macam kasi laporan la ni 😁 . Kotak-kotak dalam gambar tu ialah peti berisi kurma oleh Istana Negara Malaysia sempena Ramadhan. Kenal tak lukisan kat atas kotak tu? Hehehe. Itulah yang aku nak share ni! . Kotak kurma tu akan diedar buat derma kurnia KDYMM SPB Yang di-Pertuan Agong & KDYMM SPB Raja Permaisuri Agong buat sultan, raja, pembesar negara, pemimpin seluruh dunia, dan sekalian rakyat jelata terutamanya frontliners yang bertugas mempertahankan negara daripada COVID-19 ni. . Aku tahu rakyat Malaysia sudah maklum yang KDYMM SPB Raja Permaisuri Agong seorang yang berjiwa dan bermata seni. Aku sendiri pernah berada di sisi baginda dan melihat baginda melakar untuk menggambarkan sesuatu kepada aku. Walaupun aku bukanlah pakar, melalui lakaran ringkas itu pun aku boleh meneka yang baginda mempunyai ‘tangan lembut’. Tangan seorang pelukis. Malah lakaran itu kena dengan perspektif yang sepatutnya. . Teruja. Tapi, hal itu sebenarnya menambahkan gemuruh aku weh hahaha. Bayangkanlah… Aku menghadap untuk berbicara soal seni kepada baginda yang lebih berpengalaman dalam bidang seni. Who do I think I am??? 🤡 . Tiadalah yang lebih menggembirakan seorang pengkarya melainkan hasil seninya menjadi pilihan hati. Lebih-lebih lagi oleh individu yang lebih berpengalaman dalam kesenian. Jadi, kepercayaan oleh baginda untuk lukisan aku menghiasi ‘barang-barang’ istana ini merupakan satu penghormatan besar buat aku. . Menjunjung kasih Tuanku atas kurnia penghormatan dan perkenan kepercayaan kepada patik ini. Bertambahlah lagi satu cerita untuk patik kongsikan dengan anak cucu patik suatu hari nanti 😅. Ampun Tuanku 🙏🏻 . #AgongKita #PermaisuriKita #DaulatTuanku

A post shared by teme Abdullah (@itsteme) on

Difahamkan, kurma tersebut akan diedarkan kepada sultan, raja, pemimpin negara dan juga petugas barisan hadapan yang sedang bertugas dalam usaha menangani penularan wabak Covid-19 di Malaysia bersempena dengan bulan Ramadan yang mulia ini.

Pemuda yang hanya mahu dikenali dengan nama Teme Abdullah dan kini bekerja sebagai arkitek itu berasa cukup bangga kerana telah diberikan kepercayaan oleh pihak istana untuk berkarya dan menghiasi barang-barang istana. Bukan biasa-biasa ni. 

Admin speecless kejap sebab tengok lukisan tu. Cantik sangat kan. Semoga Teme akan terus berkarya pada masa hadapan. 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page @RoseMerah

Sumber : lobak merah

PERHATIAN: Pihak Rose Merah tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Rose Merah juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.