“‘Mek’ Cina Kelantan Ikut Puasa,” Menu Berbuka Siap Ada Sambal Belacan

Sebelum ini tular di media sosial pasangan adik-beradik yang berbangsa Cina fasih bertutur bahasa Melayu dalam loghat Kelantan.

Ikut puasa jugak

Video tersebut tular di media sosial dan mendapat perhatian warganet. Menggunakan nama Mekyun di Instagram, gadis tersebut memaklumkan bahawa dia dan adiknya turut sama berpuasa di bulan Ramadan.

 

View this post on Instagram

 

Cubaan Pertama Berpuasa Part 1 (Sahur) bersama @weechuanchin @weeweewonka . Cuba teka kami berjaya puasa penuh ke tak? 🤔🤣

A post shared by ⠀⠀⠀ (@_mekyun_) on

Sambal belacan tak tinggal

Menurutnya, dia mengakui susah untuk berpuasa kerana ini merupakan kali pertama mereka mencuba untuk menahan lapar dan dahaga dalam tempoh waktu yang lama. Namun, mereka nekad melakukannya dan percubaan tersebut berjaya.

Apa yang menariknya, diatas meja makan yang terhidang juadah berbuka puasa, terdapat juga sambal belacan untuk dinikmati bersama lauk pauk yang lain.

Tahniah korang!

Susulan daripada perkongsian Mekyun itu, rata-rata warganet yang terlihat posting tersebut telah mengucapkan tahniah kerana berjaya menghabiskan puasa sehingga ke waktu berbuka.

Warganet turut memuji mereka yang tidak kekok makan menggunakan tangan dan makan masakan pedas sama seperti masyarakat Melayu.

wahh makan guna tangan

Siap makan pedas lagi tu

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page @RoseMerah

Sumber : Mekyu

PERHATIAN: Pihak Rose Merah tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Rose Merah juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.