“Maaf Saya Tak Sengaja, Sepatutnya Baca D0a Makan” Babak Remy Ishak Aminkan Nlat Puasa Idzham Ismail Cvit Hati Netizen

SALAH satu babak dalam drama Bukan Gadis Biasa (TV3) menarik perhatian penonton apabila pelakon utama Remy Ishak mengaminkan niat puasa yang dibaca oleh watak Bun lakonan Idzham Ismail.

Menjawab mengenai adegan spontan dalam babak tersebut, Idzham berkata dia baru menyedari kesilapan yang berlaku selepas ia disiarkan pada Selasa.

“Terkejut saya apabila terima banyak notification di Twitter dan apabila saya semak ramai bercakap mengenai babak di meja makan itu dan baru saya sedar rupanya saya baca niat puasa dengan kuat sepatutnya baca doa makan.

“Remy aminkan niat puasa tu pun saya tak perasan sebab bila di set kami semua seronok dengan watak masing-masing, jadi tak perasan tentang situasi itu.

“Memandangkan watak saya itu lelaki yang kelam-kabut, jadi saya terikut-ikut dengan watak berkenaan,” katanya.

Babak ketika bersahur jadi perbualan hangat netizen.

Rata-rata penonton mempersoalkan niat puasa tersebut dan menganggap babak itu lucu kerana Idzham membacakan niat puasa dalam nada kuat seperti membaca doa makan.

“Niat puasa ke tu… memang dia suruh baca niat puasa ke? Remy pun dengan yakin mengaminkan doa ‘niat puasa’.

“Dia makan sahurkan? Betul la tu dia niat puasa tapi sepatutnya baca doa makan dulu baru niat puasa, baru nampak cerdik sikit.

“Niat dalam hati masing-masing la. Motif niat untuk orang lain aminkan. Kelakar pula,” komen penonton di laman sosial.

Barisan pelakon drama Bukan Gadis Biasa.

Dalam pada itu, Idzham memohon maaf kepada penonton jika babak tersebut mengundang rasa kurang senang mana-mana pihak.

“Saya mohon maaf jika ada salah silap dan berharap penonton semua terhibur dengan watak Bun sebab lepas ni banyak lagi telatah dia bila bersama Rayyan.

“Apa-apa pun babak niat puasa itu memang tak disengajakan kerana terikut-ikut watak Bun. Kalau real life memang tak pernah saya baca kuat melainkan nak ajar anak niat puasa.

“Saya dah semak hukum, Alhamdulillah tak salah baca dengan kuat niat tersebut, sama juga dengan bacaan doa dalam hati… cuma lebih afdal niat dibaca dalam hati,” ujarnya.

Selain Remy dan Idzham, drama Bukan Gadis Biasa juga dibintangi oleh Sheila Rusly, Ayda Jebat, Nazim Othman, Ozlynn Waty dan Mas Khan.

Drama ini bersiaran di slot Akasia TV3 sepanjang Ramadan ini bermula 23 April lalu.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page @RoseMerah

Sumber : mStar

PERHATIAN: Pihak Rose Merah tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Rose Merah juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.