“Fr0ntliner Risau Ibu Di Rumah Tak Berbuka,” ‘Runner’ Sangg0p Hantar Makanan Hari2

Seorang penghantar makanan berkongsi pengalaman yang dilalui olehnya ketika menghantar makanan berbuka puasa ke sebuah rumah flat dua hari lalu.

Menurut Norehan Rahmat, terdapat caj penghantaran ditetapkan sekiranya ingin pesanan dihantar sampai ke tingkat atas sehingga mengundang rasa terkilan seorang pelanggan.

“Berkira sangat dengan orang tua..” – Pelanggan

Anaknya tinggal di Johor

Rupa-rupanya pelanggan terbabit melakukan pesanan makanan untuk ibunya yang tinggal seorang diri dimana sudah tidak larat untuk turun ke bawah bagi mencari juadah berbuka puasa.

Selepas mengetahui situasi sebenar, Norehan berkata dia sanggup menghantar makanan setiap hari demi kelangsungan hidup makcik tersebut.

“Sampai depan pintu, memang betul. Dalam rumah ada tongkat kaki tiga dan kerusi roda. Nasib baik makcik tu boleh jalan lagi. Alhamdulillah dia masih kuat lagi. Aku cuba siasat.. tanya semua,” katanya.

Anak ‘frontliner’ & ada yang kat luar negara

Tambah Norehan, beberapa hari selepas itu dia menerima mesej daripada anak makcik tersebut yang juga merupakan seorang ‘frontliner’ merawat pesakit Covid-19 yang mengucapkan terima kasih.

“Patutlah dia agak tertekan bila aku cakap runner tak boleh hantar sampai atas. Dia tertekan dengan masalah kerja, dalam masa yang sama rasa bimbang takut mak dia takde juadah berbuka,” ujarnya.

Posting dimuat naik di laman Facebook itu mendapat 96,000 tanda suka dan 5,600 perkongsian serta komen netizen yang rata-rata terharu dengan kebaikan Norehan dan berharap wanita itu sentiasa dimurahkan rezeki.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page @RoseMerah

Sumber : Norehan Rahmat

PERHATIAN: Pihak Rose Merah tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Rose Merah juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.