“Dia Ingat Saya Sampai Hvjung H@yat” Dah Jejak H0spital, Bersiap Pun Sudah, Anak Masih Terkilan Tak Dapat Jumpa Bapa Kali Terakhlr

SUASANA Ramadan tahun ini nyata berbeza apabila terpaksa dilalui tanpa bapa tercinta.

Begitulah apa yang dirasakan Muhamad Riszwan Haqim Mohd Jalaluddin selepas kehilangan bapanya pada Disember tahun lalu.

Kisah mengenai remaja berusia 18 tahun itu tular di Twitter apabila dia membuat perkongsian pada Isnin.

Bercerita lanjut kepada mStar, dia yang mesra disapa Riszwan mengakui terkilan sehingga ke hari ini setelah bapanya, Mohd Jalaluddin Abdul Hamid, 54, pergi menyahut seruan Ilahi.

“Masa tu saya tengah ambil peperiksaan SPM (Sijil Pelajaran Malaysia). Selepas habis kertas Matematik, saya datang hospital. Tapi kakak kata terlalu awal, dia kata datang pukul 4 petang. Jadi saya balik rumah dulu untuk mandi dan tukar baju.

“Bila dah bersiap, abang saya pergi dulu. Abang kata dia tunggu saya di hospital. Lepas mandi pakai baju, tuba-tiba rasa berat kepala, mengantuk semacam sehinggalah saya terlelap petang tu.

Riszwan bersama kedua ibu bapanya.

“Bangun tidur dah pukul 6. Abang pun dah balik. Dia kata, ayah tanya saya di mana? Saya rasa bersalah tapi dia kata ayah makin OK. Jadi saya fikir nak melawat esok.

“Malam tu pukul 12 dapat panggilan dari hospital. Ayah kritikal, jantung terhenti. Masa tu saya masih berharap tiada apa-apa berlaku. Dalam pukul 3 pagi ayah saya dah tiada,” ujarnya.

Riszwan berkata, apabila dikenangkan semula detik itu, dia tertanya-tanya kenapa dia begitu mengantuk sehingga terlelap dan terlepas untuk menziarahi bapanya di hospital.

Biarpun terkilan, dia reda dengan takdir ketentuan Allah dan menerima apa yang berlaku dengan hati terbuka.

“Ada orang lagi teruk kisah mereka. Kalau masih ada mak ayah, bersyukurlah.”

MUHAMAD RISZWAN HAQIM MOHD JALALUDDIN

ANAK

“Bila fikir balik, saya masih tertanya-tanya, kenapa saya tidur petang tu. Ada yang cakap, mungkin Allah nak selamatkan saya dari sesuatu.

“Saya cuba bersangka baik sahaja. Tapi tetap rasa sedih, sebab ayah pun cari saya, dia ingat saya sampai hujung hayat dia. Terkilan tu sampai sekarang ada,” ujarnya yang menetap di Segamat, Johor.

Bercerita mengenai ibadah puasa tahun ini, kata Riszwan ia ternyata berbeza dari tahun-tahun sebelumnya.

Riszwan sekeluarga.

“Macam ada part yang kosong dalam hati. Dulu puasa bertiga… mak ayah dan saya. Abang dan kakak dah bekerja dan tinggal berasingan. Saya anak bongsu, memang rapat dengan ayah.

“Tahun ni saya dengan mak sahaja. Dulu ayah selalu masak. Ayah memang pandai memasak. Lepas tu pergi bazar. Ayah suka explore banyak bazar Ramadan,” ujarnya lagi.

Menurut Riszwan, dia juga tidak menyangka postingnya akan menjadi tular di Twitter.

Malah, dia berharap ia dapat memberi iktibar buat orang ramai agar lebih menghargai ibu bapa masing-masing.

Kisah yang dikongsikan Riszwan tular di Twitter.

“Bila viral, ada juga yang kongsi kisah mereka. Saya rasa sebak. Sebab bukan saya seorang sahaja yang rasa benda ni.

“Ada orang lagi teruk kisah mereka. Kalau masih ada mak ayah, bersyukurlah,” ujarnya lagi.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page @RoseMerah

Sumber : mStar

PERHATIAN: Pihak Rose Merah tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Rose Merah juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.