“Tunku Idris Minta Wak Doyok Beri Penjelasan” Gara-gara Cincin L@mbang Per!badi Sultan Johor

SEJAK awal pagi Selasa netizen mula menghujani ruangan komen di Instagram personaliti fesyen dan pelakon, Wak Doyok gara-gara sebentuk cincin.

Semuanya bermula selepas Tunku Temenggong Johor Tunku Idris Sultan Ibrahim memuat naik satu paparan skrin daripada posting Instagram yang memaparkan sebentuk cincin dengan ukiran lambang peribadi Sultan Johor.

Sehubungan itu Tunku Idris menuntut Wak Doyok memberikan penjelasan mengenai perkara tersebut.

“@wakdoyok care to explain? This is against the law,” tulis Tunku Idris di Instagram.

 

View this post on Instagram

 

@wakdoyok care to explain? This is against the law. Goodluck @carozofficial

A post shared by Idris Iskandar Al-haj (@tunku_idris) on

Paparan skrin daripada Instagram Tunku Idris.

Cincin berkenaan dipercayai ditempa khas untuk Wak Doyok atau nama sebenarnya Mohd Azwan Md Nor, 41, berdasarkan kapsyen pada gambar tersebut.

“Sedia untuk dihantar kepada Wak Doyok,” tulis pengendali Instagram Caroz Wooden iaitu sebuah syarikat pengeluar barang perhiasan.

Wak Doyok juga dilihat membuat komen balas dengan emoji terima kasih pada posting berkenaan.

Johor mula menguatkuasakan undang-undang terhadap Enakmen Lambang, Gelaran dan Anugerah (Mencegah Penggunaan Tidak Wajar) Johor 2017 sejak Julai tahun yang sama.

Enakmen itu memperuntukkan undang-undang ketat terhadap individu yang menyalahgunakan lambang, gelaran dan anugerah atau replika untuk tujuan perdagangan, pekerjaan atau persendirian.

Jika sabit kesalahan boleh didenda tidak kurang RM250,000 dan tidak melebihi RM500,000 atau penjara tidak kurang setahun dan tidak melebihi lima tahun.

Bagaimanapun usaha untuk mendapatkan penjelasan Wak Doyok tidak berhasil apabila panggilan telefon dan mesej tidak dijawab.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page @RoseMerah

Sumber :mStar

PERHATIAN: Pihak Rose Merah tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Rose Merah juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.