“Tiada Tawaran Nyanyian,” Isteri Lvmpuh, Rahmat Rabbani Hi!lang Pvnca Pendapatan

Sememangnya negara sedang berdepan satu ujian yang hebat ketika ini. Bukan hanya tahap kesihatan seluruh negara terjejas, malahan ekonomi negara turut terpalit sama.

Susulan daripada itu, ramai lagi yang telah kehilangan sumber pendapatan lebih-lebih lagi ketika Perintah Kawalan Pergerakkan dilakukan.

Tiada tawaran nyanyian, isteri lumpuh

Menerusi laporan daripada Berita Harian, seorang ahli kumpulan Rabbani kini berada dalam keadaan sukar apabila tiada pendapatan tetap susulan kurang menerima tawaran persembahan sejak awal tahun ini.

Rahmat Rabbani yang ketika ini terputus punca pendapatan turut diuji apabila isteri tercinta mengalami lumpuh hingga menyukarkan pergerakkan dalam membantunya mencari rezeki dengan menjual laksam serta nasi dagang.

“Apabila Rabbani tiada undangan persembahan, isteri banyak membantu ekonomi keluarga. Kami berniaga masakan tradisi Terengganu seperti Nasi Dagang dan Laksam.”

Tidak mampu menampung keluarga

Rahmat mengakui bahawa ketika ini dia tidak dapat kemana-mana kerana menjaga isteri yang terlantar sakit. Oleh sebab itu, dia terputus punca pendapatan bagi menyara keluarga dan ia ditambah dengan perintah kawalan pergerakkan yang sedang berjalan.

“Bagaimanapun, kini, kehidupan kami berubah 100 peratus apabila isteri kurang bermaya dan tidak boleh bergerak. Saya pula tidak boleh ke mana-mana mencari rezeki menampung keluarga.”

Rayu sumbangan

Oleh sebab itu, Ustaz Sheikh Mohammad telah berkunjung ke kediamannya bagi menghulurkan sedikit sumbangan bagi meringankan beban Rahmat dan isterinya.

Dalam pada itu, Rahmat turut dengan rendah hati berharap agar mana-mana pihak sudi memberikan sedikit sumbangan buatnya kerana kos bagi perubatan isteri termasuk ubat-ubatan serta keperluan lain mencecah RM1,500 sebulan.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page @RoseMerah

Sumber: Berita Harian, Mstar Online

PERHATIAN: Pihak Rose Merah tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Rose Merah juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.