Terb0ngkar Siapa Sebenarnya Individu Yg Menol0ng Lelaki Jalan Kaki Balik Ke Kelantan

Setiap manusia diuji dengan cara yang berbeza. Matlamatnya adalah satu iaitu hargai dengan setiap rezeki dan juga mengenal Sang Pencipta. Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikulnya.

Di kala menghadapi wabak C0vid-19, rata-rata banyak perusahaan yang terjejas dan mula tutup kedai berikutan tidak lagi mampu menanggung gaji pekerja yang sedia ada. Ada yang terpaksa cuti tanpa gaji dan lebih berat lagi dibuang kerja tanpa notis.

SUAMI JALAN KAKI DARI KL KE KELANTAN

Keadaan ini dikongsikan oleh seorang pengguna Facebook yang dikenali sebagai Sara Anisa yang menceritakan suaminya hampir sebulan sudah tidak bekerja di Kuala Lumpur. Mereka hanya berhubungan jarak jauh yang mana Sara dan anak kecil mereka tinggal di kampung.

Disebabkan ketiadaan gaji dan wang untuk membayar rumah yang disewa, suaminya Mat Noe Poksu Din telah diusir keluar. Berikutan itu, Mat Noe mengambil keputusan untuk pulang sahaja ke kampung akibat buntu.

Yang mengejutkan apabila Sara memaklumkan yang Mat Noe pulang ke Kelantan hanya dengan berjalan kaki. Melihat kepada perkongsian Mat Noe sendiri di Facebook, dia kini sudah pun berjalan sehingga ke Perak.

KASUT DAH KOYAK, DUA HARI LAGI SAMPAI

Paling terk3san apabila dia menunjukkan kasut yang dipakai sudah pun mula rosak dan terkopek. Dia kini berhenti berehat sebentar di Mydin Amanjaya sebelum menyambung perjalanan. Dikhabarkan jangka masa untuk dia sampai ke Kelantan adalah dua hari lagi.

Melihat kepada status yang dimuat naik kenalannya, Kak Nad meminta agar orang awam yang terlihat atau berhajat pulang melalui arah yang sama dengan Mat Noe agar sudi membantu memudahkan urusan rakannya.

Kita yang berada dalam keadaan cukup pakai minum mungkin berasakan ia suatu perbuatan yang tak masuk akal. Namun dalam keadaan terdesak dan tidak mempunyai duit belanja, itu sahaja lah yang mampu Mat Noe lakukan.

Semoga dengan perkongsian berita ini memudahkan urusan Mat Noe dan dipertemukan dengan insan berhati mulia. Didoakan agar Mat Noe selamat tiba ke Kelantan.

SU Dato Mustapa Mohamed Bantu

“ALHAMDULILLAH .. JAM 11 MALAM TADI SELAMAT SAMPAI RUMAH … TERIMA KASIH PADA YANG MENDOAKAN ,MEMBERI BANTUAN .. TERUTAMA SEKALI TERIMA KASIH KEPADA S/U SULIT DATO’ PA SAUDARA Ahmad Nazree Ramli DIATAS SUMBANGAN YANG DIBERIKAN ,.BELIAU BANYAK MEMBANTU PERJALANAN SAYA ..” tulis Mat Noe

Menurut Mat Noe lagi, anak ialah antara sumber kekuatan untuk dia sanggup berjalan kaki pulang ke Kelantan. Berikut antara perbualan Mat Noe dengan anak no 2 dia melalui panggilan video yang buat ramai sayu

Dalam pada itu Isteri kepada Mat Noe, Sara Anisa melahirkan rasa sykur tidak terhingga kerana suami tersayang telah pun selamat sampai ke rumah mereka dan dia berterima kasih kepada semua pihak yang sudi membantu memudahkan urusan suami untuk pulang

“Alhamdulillah.selamat sampai rumah dah. terima kasih yang mendoakan dan yang byak membantu kami.tq” tulis isteri Mat Noe

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page @RoseMerah

Sumber : facebook

PERHATIAN: Pihak Rose Merah tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Rose Merah juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.