“Sedih Berjauhan Dengan Keluarga, Ramadan Kali Pertama Dengan Svami” Hami!l Lima Bulan, Eyra Hazali Puasa Ikut Kemampuan

MESKIPUN berasa sebak kerana tidak dapat menyambut Ramadan bersama keluarga di Kuala Lumpur, pelakon Eyra Hazali bersyukur dapat meluangkan masa bersama suaminya, Muhammad Haziq Nadzli di Johor.

Malah Eyra atau nama sebenarnya Hazirah Qasdina Hazali, 21, berkata dia tetap gagahkan diri untuk berpuasa dalam keadaan dirinya sedang hamil lima bulan namun dilakukan mengikut kemampuannya.

“Puasa kali ini memang berbeza dan sebak sikit sebab selalu dengan keluarga. Apa-apa pun mesti dengan keluarga di KL tapi kita terkandas di Johor. Dalam pada masa yang sama, gembira juga sebab dapat sambut Ramadan pertama kali dengan suami.

Eyra membuat kejutan kepada suaminya pada Februari lalu.

“Banyak masa diluangkan bersama seperti memasak dan cuba resipi baru. Buat masa kini, saya cuba puasa selang seli. Hari pertama saya puasa tapi itu pun tak larat sangat, saya tetap gagahkan diri.

“Saya memang sahur tapi macam biasa la kita mesti ada rasa lapar sikit tambahan pula ada buat kerja rumah, mungkin itu yang membuatkan saya lagi penat. Sebenarnya Haziq tak beri saya puasa sebab risau macam-macam boleh jadi.

“Insya-Allah saya cuba buat mana yang mampu. Tapi kalau tak boleh pun, saya okay saja tak teruskan, puasa boleh ganti, anak tak boleh ganti. Lagipun, first baby kan,” katanya.

“Hari pertama saya puasa tapi itu pun tak larat sangat, saya tetap gagahkan diri.”

EYRA HAZALI

PELAKON

Menerusi laporan mStar pada 16 Februari lalu, Eyra berkongsi berita gembira buat peminat apabila mengumumkan dia kini sedang berbadan dua selepas hampir empat bulan berkahwin.

Dalam pada itu, Eyra turut berkongsi mengenai aktivitinya yang sibuk berniaga produk kecantikan sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang bermula sejak 18 Mac lalu.

Eyra dan suami membeli barangan keperluan anak mereka secara online.

Tambahnya lagi, disebabkan tempoh PKP dilanjutkan, dia dan suaminya terpaksa membeli barang keperluan cahaya mata pertama mereka yang dijangka lahir pada Ogos depan secara dalam talian.

“Sepanjang PKP ini, selain menjalankan tanggungjawab sebagai isteri, saya juga fokus pada perniagaan iaitu produk kecantikan dan minyak wangi Eyrahazalibeauty. Alhamdulillah, walaupun dalam keadaan macam ini, rezeki saya tidak putus.

“Disebabkan saya tengah mengandung dan kebetulan PKP dilanjutkan, jadi kami tak dapat nak keluar beli barang baby. Saya dan Haziq hanya beli barang secara dalam talian saja buat masa ini,” ujarnya.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page @RoseMerah

Sumber : mSTar

PERHATIAN: Pihak Rose Merah tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Rose Merah juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.