Pembayaran Fasa Kedua BPN 4 Mei Ini

KERAJAAN akan membuat pembayaran fasa kedua untuk kesemua penerima Bantuan Prihatin Nasional (BPN) mulai 4 Mei 2020.

Ia termasuklah golongan B40 dan M40, sama ada isi rumah atau individu bujang.

Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, bagi pembayaran fasa pertama BPN, sebanyak 7.74 juta penerima telah menerima bayaran BPN berjumlah RM5.47 bilion.

Beliau berkata, proses bayaran tunai bagi mereka yang tiada akaun bank telah bermula sejak 17 April 2020 dan berjalan lancar dengan lebih 157,000 menerima bayaran secara tunai di cawangan Bank Simpanan Nasional seluruh negara.

“Bantuan Khas Kewangan sebanyak RM500 untuk 2.5 juta penjawat awam dan pesara, termasuk veteran angkatan tentera tidak berpencen telah dibuat pada 23 April 2020.

“Bagi golongan pelajar institut pengajian tinggi (IPT) pula, mulai 27 April 2020, bantuan RM200 secara sekali saja sudah dihulurkan, yang mana bantuan itu akan memanfaatkan seramai 1.5 juta pelajar IPT di seluruh negara,” katanya menerusi perkongsian laporan ketiga pencapaian pelaksanaan Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (Prihatin) yang disiarkan secara langsung di akaun Facebook rasminya, hari ini.

Sementara itu, katanya, lebih 3.26 juta permohonan baharu dan juga rayuan diterima untuk Bantuan Prihatin Nasional (BPN) sehingga 26 April 2020.

“Daripada jumlah itu, sebanyak 2.96 juta adalah permohonan baharu dan 305,000 adalah rayuan, sementara proses itu, akan ditutup pada Khamis, 30 April ini.

“Pengumuman pembayaran pula akan dibuat pada minggu depan selepas proses semakan selesai,” katanya.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page @RoseMerah

Sumber : HM

PERHATIAN: Pihak Rose Merah tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Rose Merah juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.