“Pel!k, Rakaman Paras Pinggang Je,” Pelajar Ded4h Kenapa Beriya Nak Pakai Kasut Vans Dalam Video Untuk Pensyarahnya

“KALAU takde kasut, saya tak confident nak buat presentation.”

Begitulah jawapan Muhd Hafiz Asyraf ketika ditanya tentang pemacara kaiannya yang unik ketika merakamkan video tugasan bagi subjek Etika dan Pelajaran.

Manakan tidak, sudah kemas berbaju kemeja dan bertali leher, tetapi di bahagian bawahnya pula berkain pelikat.

Apa yang paling menarik perhatian netizen apabila melihat dia tetap memakai kasut meskipun video hanya dirakam hingga paras pinggang.

Tweet yang dimuat naik Hafiz mendapat perhatian netizen.

Ketika dihubungi mStar, Hafiz memberitahu sesi pembentangan tersebut memerlukan setiap pelajar memakai baju formal menurut arahan yang diberikan oleh pensyarah.

“Saya baru lepas selesai solat Zohor, tiba-tiba teringat saya belum rakam video dua minit untuk dihantar kepada ahli kumpulan yang lain.

“Saya ada tiga hari lagi sebelum tarikh penghantaran tugasan tersebut.

“Jadi saya pakai sahaja kain pelikat dengan baju kemeja yang baru digosok dan cari dinding putih untuk rakam video,” ujar Hafiz yang merupakan anak kedua daripada empat beradik.

Hafiz merupakan pelajar jurusan Sains Komputer di Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM).

Sudah terbiasa dengan etika formal ketika menuntut di Matrikulasi Selangor, Hafiz memberitahu dia agak janggal untuk membuat pembentangan tanpa memakai kasut.

“Bila pakai kasut, baru saya ada confident untuk ‘goreng’ semasa presentation.

“Nasib baik ada kasut yang baru dibeli semasa PKP fasa pertama tempoh hari. Boleh pakai dalam rumah sebab tapak bersih lagi,” jelas pemuda berusia 20 tahun itu.

“Saya ada tiga hari lagi sebelum tarikh penghantaran tugasan tersebut. Jadi saya pakai sahaja kain pelikat dengan baju kemeja yang baru digosok dan cari dinding putih untuk rakam video”

HAFIZ

Tambah Hafiz yang merupakan pelajar jurusan Sains Komputer di Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM), dia beberapa kali mengulangi rakaman video tersebut disebabkan gangguan adik-beradiknya.

“Adik saya tolong rakam guna telefon, abang saya pula pegang iPad untuk saya baca isi-isi penting semasa pembentangan tu.

“Video tu pendek je tapi banyak kali juga saya terpaksa ulang sebab adik-beradik saya gelakkan saya.

“Mereka tengok cara penampilan saya yang pelik ni terus mereka tak tahan nak gelak,” ujar Hafiz yang menetap bersama keluarganya di Batang Kali, Selangor sepanjang tempoh PKP ini.

Hafiz menunjukkan pakaian formalnya untuk membuat pembentangan.

Hafiz mengakui dia jarang bermain Twitter dan terkejut apabila tweetnya itu mendapat perhatian netizen. Sehingga kini dia telah menerima 7,800 ulang kicau dan 15,500 tanda suka daripada netizen.

Majoriti netizen mempersoalkan mengapa dia memakai kasut Vans Checkerboard ketika membuat pembentangan.

“Tak boleh blah pakai Vans siap stokin tu, padahal rakam tak masuk sekali pun,” tulis seorang pengguna Twitter.

Kasut yang dipakai Hafiz.

“Trend raya tahun ni ke sarung kain pelikat dengan pakai kasut Vans,” uajr seorang pemuda.

“Kasut tu fungsi dia nak bagitahu dia dah checkmate pensyarah dia. Pensyarah tertipu dengan dress up dia sedangkan dia pakai kemeja dengan kain pelikat je,” tambah netizen lain.

“Ini baru betul WFH, atas untuk work, bawah untuk home,” tulis pengguna lain.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page @RoseMerah

Sumber : mStar

PERHATIAN: Pihak Rose Merah tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Rose Merah juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.