
Selepas teruk dikecam kerana melakukan sumbangan ketika PKP, Ustaz Ebit Lew terpaksa menceritakan sejarah hidupnya supaya menjadi inspirasi buat semua.
sebelum ini ada individu yang tidak bertanggungjawab telah mempertikaikan sumber pendapatannya sehingga boleh membantu ratusan orang demi memastikan mereka mendapat kehidupan yang lebih selesa.
Oleh itu, menerusi muat naiknya di Instagram semalam, Ebit Lew telah memberitahu sumber pendapatannya yang boleh dikatakan agak lumayan kerana mempunyai perniagaan sendiri.
Kenapa ustaz perlu kaya?
Susulan daripada itu, ramai yang berasa senang dengan apa yang dijelaskan oleh pendakwah muda berkenaan yang nyata bahawa dirinya bukan insan ‘biasa-biasa’. Hasil usahanya selama ini membuatkannya mampu berpendapatan mewah serta boleh membantu ramai orang.
Oleh sebab itu, seorang pesonaliti televisyen, Ahmad Fedtri yahya telah tampil dengan satu nukilan yang membidas pihak yang didakwa tidak senang dengan kejayaan serta bakti yang dilakukan oleh Ebit Lew.
Ustaz kaya dari segala sudut
Satira yang disampaikan oleh Fedtri Yahya itu nyata memberi kesan kepada warganet yang memahami maksud yang disampaikan.
Mereka juga mengakui bahawa apa yang disampaikan oleh Fedtri adalah tepat kerana Ebit Lew adalah salah satu insan yang menjadi inspirasi kepada orang lain yang mempunyai harta namun menginfakkannya ke jalan Allah. S.W.T
Biar ustaz seperti Abdul Rahman Auf
Semoga rezeki kita dipermudahkan
Perlu kaya sebab boleh bantu orang susah
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page @RoseMerah
Sumber : Fedtri Yahya
PERHATIAN: Pihak Rose Merah tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Rose Merah juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.