“Dari Sksi Terus Tut0p Avrat” Air Asia Perkenalkan PPE Untuk Pramugari Dan Pramugara Mereka Sewaktu C0vid-19

Berikutan dengan pandemik covid-19, banyak pusat airlines terpaksa membatalkan penerbangan mereka di beberapa kawasan. Hal ini disebabkan demi menjaga keselamatan penumpang dan pekerja pusat penerbangan tersebut.

Terbaru syarikat penerbangan AirAsia telah memperkenalkan sut PPE baru untuk kru mereka bagi menjalankan penerbangan yang akan disambung semula dalam beberapa hari akan datang, lapor The Star.

Dengan seragam merah panas dan dilengkapi dengan pelindung muka, Air Asia boleh pergi jauh.

Difahamkan, sut ini direka dengan kerjasama oleh pereka fesyen Filipina, Puey Quiñones ini telah diluluskan oleh Jabatan Kesihatan Filipina.

Menurut akaun Instagram Quiñones, pereka yang berpangkalan di Los Angeles itu sibuk merancang dan mengeluarkan pakaian PPE untuk hospital dan juga jenama seperti AirAsia berikutan munculnya coronavirus.

Ketika penularan wabak ini melanda, beberapa syarikat penerbangan telah menghadapi sedikit kerugian. Seperti yang dilaporkan, Singapore Airlines baru-baru ini membatalkan 96 peratus penerbangannya hingga akhir bulan Jun.

Sementara itu, Richard Branson sedang mencari pembeli Virgin Atlantic Airways  untuk mendapatkan wang jaminan kerajaan sebanyak 500 juta pound ( RM 2.7 Billion).

Walaubagaimanapun, AirAsia mengumumkan mereka akan meneruskan penerbangan domestik yang akan bermula dengan:

  • Malaysia pada Rabu (29 April)
  • Thailand pada Jumaat (1 Mei)
  • India pada Isnin (4 Mei)
  • Indonesia pada Khamis (7 Mei)
  • Filipina pada Sabtu (16 Mei)

Penerbangan ini tertakluk pada kelulusan dari pihak berkuasa.

Tahniah AirAsia, dengan seragam PPE ni, kita dapat memutuskan rantaian covid-19.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page @RoseMerah

Sumber : lobak merah

PERHATIAN: Pihak Rose Merah tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Rose Merah juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.