“Nalk Bulv R0ma Teng0k” Viral Gambar Kub0r Ratvsan Pesaklt C0vid-19 di Brazil, Sebenarnya Masih Ramai Bel0m Sempat Dikebvmi

Gambar lokasi pesakit Covid-19 di Manaus, Brazil dikebumikan viral  dan mendapat perhatian ramai. Bandar itu kini suram dan ‘ngeri’ kerana pandemik Covid-19 yang melanda apatah lagi Manaus adalah bandar paling banyak mencatat kes positif.

Namun Presiden Brazil, Jair Bolsonaro sendiri membantah perintah ‘lockdown’ dan sertai perhimpunan protes baru-baru ini. Sehingga kini meskipun kes melebihi 63,000 dengan kes kematian mencecah 4,200 Jair tetap menganggap pandemik ini sekadar ‘selsema’.

Menurut Daily Mail, Datuk Bandar Manaus, Virgilio Neto berkata Manaus kini secara realitinya kelihatan seperti ‘babak filem seram’. Masih banyak pesakit Covid-19 yang telah mati belum sempat dikebumikan dan bertimbun di dalam trak sejuk beku (pengganti rumah mayat).

Manaus mencatatkan kes Covid-19 di Brazil menyebabkan bandar itu tidak lagi dianggap pada tahap kecemasan tetapi sudah di tahap kemusnahan selepas kes kematian naik mendadak dari 20 hingga 30 kematian sehari kepada lebih 100 kematian.

Pekerja yang ditugaskan dalam pengebumian pesakit itu semua di tempat perkuburan bernama Parque Taruma berkata, mereka bekerja setiap hari untuk menggali lubang dan tidak lebih daripada 5 orang ahli keluarga boleh hadir untuk beri penghormatan terakhir.

“Kami bekerja keras untuk kebumikan orang. Kami ada penggali kubur yang jatuh sakit dan dijangkiti coronavirus. Ada juga yang mati selepas dijangkiti.”

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page @RoseMerah

Sumber : lobak merah

PERHATIAN: Pihak Rose Merah tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Rose Merah juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.