Mereka yang terkandas di kampung belum boleh pulang ke bandar sehingga tarikh ditetapkan

PERMIT pergerakan bagi orang ramai yang terkandas di kampung sebelum tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dikuatkuasakan tidak akan bermula pada 1 Mei ini.

Demikian kata Menteri Kanan (Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sewaktu memperjelaskan semula jadual perjalanan dikeluarkan Polis Diraja Malaysia (PDRM) sebelum ini.

“Saya nak memperbetulkan sedikit kekeliruan semalam apabila PDRM keluar kenyataan bahawa 1 hingga 3 Mei perjalanan dibenarkan bermula.

“Sebenarnya seperti saya sebutkan bahawa sehingga 1 Mei adalah tempoh pendaftaran. Pendaftaran boleh dibuat online (aplikasi Gerak Malaysia) dan sesiapa tidak mempunyai aplikasi tersebut… boleh laporkan ke balai polis berdekatan melalui temu janji.

“Perkara (pendaftaran) ini dibuka sehingga 1 Mei. Selepas 1 Mei baru kita kumpul info daripada balai-balai polis seluruh negara,” ujarnya menerusi sidang media harian pada Ahad.

Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Kata Ismail, PDRM bersama Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) akan bermesyuarat selepas semua info diperolehi sebelum mengeluarkan prosedur operasi standard (SOP) kepulangan orang ramai ke tempat masing-masing.

Biarpun belum bermesyuarat, Ismail memuji tindakan PDRM yang sudah mencadangkan beberapa SOP bagi tujuan berkenaan.

“Selepas mereka mencadangkan SOP, mereka perlu membawa cadangan ini ke mesyuarat khas menteri-menteri untuk diluluskan.

“Kalau kita luluskan, barulah boleh tetapkan tarikh mula pergerakan tersebut,” ujarnya.

Terdahulu, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Datuk Huzir Mohamed berkata, aplikasi ‘Gerak Malaysia’ kini boleh diakses sehingga Rabu (29 April).

Tambahnya, bagi memudahkan pergerakan pemohon, PDRM sudah menetapkan jadual perjalanan iaitu 1 Mei 2020 – Perak, Johor, Kelantan; 2 Mei 2020 – Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Melaka dan Pahang serta 3 Mei 2020 – Kuala Lumpur, Selangor, Negeri Sembilan dan Terengganu.

Selepas pengumuman Ismail Sabri pada sidang media Ahad, jadual perjalanan ini sudah tidak terpakai.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page @RoseMerah

Sumber : mstar

PERHATIAN: Pihak Rose Merah tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Rose Merah juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.