“Kalau Betul, Alhamdulillah” Kajlan: Ke.s C0vid-19 Di Malaysia Dijngka Berakhlr AwaI Mei

Berita gembira yang kita nak dengar di bulan yang penuh hikmah, Ramadan!

Kajian yang dilakukan Singapore University of Technology and Design (SUTD) menunjukkan bahawa wabak Covid-19 di Malaysia berkemungkinan akan berakhir pada 6 Mei.

Kajian itu turut menyatakan yang wabak itu secara globalnya akan pulih sepenuhnya pada 8 Disember manakala 29 Mei ini akan menyaksikan peratusan jangkitan akan turun kepada 97 peratus, Astro Awani.

“Covid-19 diramalkan berakhir di Singapura pada 4 Jun ini dengan 97 peratus penurunan sementara di Itali pada 7 Mei, Jepun (18 Mei), Indonesia (6 Jun), India (21 Mei), Mesir (19 Mei) dan Filipina (8 Mei).”

Selain itu, dikatakan jangkitan Covid-19 di Qatar akan berakhir pada 26 Jun.

Manakala berita baik buat Australia apabila menjadi satu-satunya negara yang sembuh 100 peratus daripada Covid-19 pada 22 Mei.

Kesemua data ini dikeluarkan pada Jumaat oleh SUTD Data-Driven Innovation Lab menggunakan model susceptible-infected-recovered (SIR) sekurang-kurangnya 97 peratus ke atas 28 buah negara termasuk Malaysia.

Sebelum ini model sama telah digunakan untuk meramalkan beberapa penyakit pandemik seperti Sindrom Pernafasan Akut Teruk (SARS) yang melanda dunia pada 2003 dan AIDS.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page @RoseMerah

Sumber : lobak merah

PERHATIAN: Pihak Rose Merah tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Rose Merah juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.