“Dijemput Ilahi 1 Ramadan,” Gadis Kenang Jasa Bapa Dilantik Jadi Ustazah

Tidak semua insan dapat merasai nikmat untuk berpuasa di bulan Ramadan dengan orang-orang tersayang. Lebih memedihkan apabila terpaksa melihat insan tersayang pergi di bulan mulia ini.

Di laman Twitter, sorang gadis berkongsikan kisah dan mengenang kembali detik-detik bersama arwah ayahnya. Arwah ayah gadis ini telah meninggal dunia pada 24 April 2020 bersamaan dengan 1 Ramadan 1441 Hijrah.

“Kakak ambillah bahasa arab, boleh jadi ustazah nanti”

Gadis ini mengenang dan mengimbau kembali sewaktu dirinya ingin memilih khusus untuk menyambung pelajaran di peringkat ijazah.

Dia telah bertanyakan pendapat arwah ayahnya dan beliau mencadangkan anak gadisnya untuk mengambil khusus berkaitan dengan bahasa arab.

Tak mahir bahasa arab, lepasan matrikulasi…

Gadis ini juga menyatakan bahawa dia bukanlah seorang yang mahir berbahasa arab malah dijuga merupakan lepasan matrikulasi. Namun, cadangan ayahnya tersebut diletakkan pada pilihan terakhir.

Mengikut pecaturan yang telah ditetapkan-Nya, pilihan terakhir tersebut yang menjadi miliknya.

“Usaha terbaik, insha Allah kakak boleh buat”

Akhirnya berjaya menggenggam segulung ijazah

Lapor diri, alhamdulillah betul2 jadi ustazah

“Berehatlah abah,giliran kami pula meneruskan perjuangan”

Diruangan komen, ramai yang dilihat sangat tersentuh dengan penulisan gadis ini. Ramai yang rasa terinspirasi dengan perkongsiannya dan meninggalkan ucapan takziah atas kehilangan bapa kesayangannya.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page @RoseMerah

Sumber: Twitter.

PERHATIAN: Pihak Rose Merah tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Rose Merah juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.