“Apa Terjadi Kepada Ahmad Farid Sebenarnya” Bapa Pel!k M0torsikal Arwh Tidak Ditemvi

Sabtu lalu, Malaysia digemparkan dengan penemuan rangka mayat seorang remaja lelaki di Kilometer 281.8 Lebuhraya Utara Selatan (Plus) arah utara dekat Nilai, pada 12 tengahari.

Mangsa yang dikenali sebagai Ahmad Farid, 19, dilaporkan hilang selama 42 hari, dipercayai pergi ke Ampang, Kuala Lumpur pada malam 13 Mac lalu untuk meraikan hari jadi rakannya.

Bagaimana pun, Ahmad Alaudin Mustafa, 67, bapa kepada mangsa masih lagi dalam tanda tanya mengenai punca sebenar kematian anaknya.

Pelik motorsikal arwah tiada bersama

Ini kerana, ketika mayat arwah ditemui, motosikal yang dinaikinya tiada bersamanya, mencetuskan persoalan di kalangan ahli keluarganya.

“Timbul tanda tanya di kalangan kami sekeluarga kerana ketika mayat arwah ditemui di lebuh raya, motosikal yang dinaikinya tiada bersamanya…”

Apa yang berlaku pada arwah?

Justeru, dia mula meragui sama ada arwah anak bongsu dari lima beradik meninggal dunia akibat kemalangan atau sebaliknya yang berlaku.

Terdahulu, keluarga Ahmad Farid telah menjalankan misi pencarian selepas dia didapati hilang tanpa jejak, sehingga mendapat berita penemuan mayat mangsa yang sudah reput dan tinggal rangka ditemui di dalam longkang di lokasi kejadian.

Difahamkan, jenazah Allahyarham Ahmad Farid telah selamat kebumikan di Tanah Perkuburan Islam Air Semubok, Durian Tunggal Melaka.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page @RoseMerah

Sumber : Harian Metro, Ain Alaudin & Ahmad Alaudin Mustafa

PERHATIAN: Pihak Rose Merah tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Rose Merah juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.