Video “Saya Tidak Akan Buat Perm0h0nan Maaf, Sebab Saya Tak Buat Salah..” Ustaz Abu Syafiq

Masih hangat diperkatakan mengenai isu berkenaan kerja khidmat masyarakat yang dilakukan oleh ustaz Ebit Lew telah mendapat tentangan beberapa pihak.

Antara nama yang sering dikaitkan dalam isu ini adalah Ustaz Abu Syafiq, yang didakwa memuat naik status di Facebook mempertikaikan cara ust Ebit Lew berkongsi mengenai sumbangan yang disalurkan.

Bagaimana pun, Ustaz Abu Syafiq dalam satu temubual telefon yang dibuat oleh bekas wartawan TV3, Ryzal Ibrahim, telah menjelaskan segala isu yang berbangkit kini.

Menurut Ustaz Abu Syafiq, kenyataan awalnya berkenaan menjaga aib orang miskin sebenarnya tidak ditujukan khusus kepada Ustaz Ebit Lew.

Namun, disebabkan kenyataan itu berpadanan dengan aktiviti kerja amal yang dilakukan oleh Ustaz Ebit, membuatkan ramai mula menyangka bahawa status tersebut di buat untuk pendakwah tersebut.

“Kenyataan saya tiada kaitan pun dengan Ebit Lew sebelum ini…saya tidak kenal dan tak pernah bercakap dengan dia…”

Akan tetapi selepas isu itu mula tular, pendakwah tersebut terus membincangkan mengenai soal cara perkongsian ustaz Ebit mengenai golongan yang menerima sumbangan dirasakan tidak menjaga aib.

Justeru, apabila ditanya mengenai permohonan maaf, Ustaz Abu Syafiq menyatakan ia bukanlah keperluan untuk kerana dia tidak melakukan apa-apa kesalahan.

“Saya tidak akan buat permohonan maaf, sebab saya tak buat salah…”

Diharapkan, perkara ini dapat diselesaikan dengan cara yang baik tanpa perlu ada permusuhan, kerana di bulan yang mulia ini tiada salahnya untuk saling bermaafan.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page @RoseMerah

Sumber : Ryzal Ibrahim,

PERHATIAN: Pihak Rose Merah tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Rose Merah juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.