“Tiada Kaitan,” Mukhriz Nafii Dkwaan Pegawainya Buat Lap0ran Terhadap Ebit Lew

MENTERI Besar Kedah Datuk Seri Mukhriz Tun Mahathir menafikan dakwaan bahawa beliau yang mengarahkan pegawainya untuk membuat laporan polis terhadap tokoh motivasi Ustaz Ebit Lew.

Dalam satu kenyataan pada Sabtu, Mukhriz berkata beliau sama sekali tidak mengarahkan pegawainya, pegawai pentadbiran mahupun pegawai politik di mana-mana peringkat sekalipun untuk memfailkan laporan polis terhadap Ustaz Ebit.

“Saya kesal dengan tularan yang meluas di media sosial yang mengaitkan saya dan Pejabat Menteri Besar Kedah dengan tohmahan bahawa Ustaz Ebit telah disoal-siasat di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman susulan laporan yang difailkan oleh seorang pegawai saya.

“Siasatan dalaman mendapati tidak ada pegawai saya, pentadbiran mahupun politik yang membuat laporan polis termasuk atas kapasiti peribadi, ” katanya.

Ustaz Ebit Lew.

Mukhriz berkata dakwaan serta tohmahan berhubung perkara itu mencemarkan nama dan jawatan yang disandangnya serta pentadbiran Kerajaan Negeri Kedah.

Semalam, menerusi laman Facebooknya, Ustaz Ebit memaklumkan bahawa tidak lagi akan membantu golongan miskin secara langsung dalam tempoh PKP selepas dipanggil ke Bukit Aman di Kuala Lumpur untuk memberi keterangan.

Tular dalam media sosial dakwaan bahawa beliau telah dipanggil memberi keterangan berhubung kes melibatkan keluarga yang tinggal di sebuah rumah daif di Lorong Gedebang, Jalan Langgar, Alor Setar

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page @RoseMerah

Sumber : mStar

PERHATIAN: Pihak Rose Merah tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Rose Merah juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.