“Dva Kematlan Terkini Aklbat C0vid-19” Malaysia Catat 51 K.es Baharu

PENULARAN Covid-19 di negara ini merekodkan 51 kes baharu, menjadikan keseluruhan 5,742 kes setakat Sabtu.

Daripada jumlah keseluruhan, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan Covid-19 adalah 1,882 kes di mana pesakit telah diasingkan dan diberi rawatan.

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, Malaysia turut mencatatkan dua lagi korban akibat virus itu, menjadikan setakat ini 98 kes kematian keseluruhan.

“Daripada maklumat terkini yang dilaporkan ke Crisis Preparedness and Response Centre (CPRC) Kebangsaan, dukacita dimaklumkan bahawa terdapat pertambahan dua lagi kes kematian berkaitan Covid-19.

“Justeru, jumlah kumulatif kes kematian Covid-19 di Malaysia adalah sebanyak 98 kes,” ujarnya menerusi sidang media Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Sabtu petang.

Setakat ini, 36 pesakit berada di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan 16 kes memerlukan bantuan pernafasan.

Dalam pada itu, 99 pesakit Covid-19 telah pulih dan dibenarkan discaj pada hari ini, menjadikan keseluruhan 3,762 bersamaan 65.5 peratus daripada jumlah kes keseluruhan.

Berikut perincian kes kematian terbaharu yang diumumkan pada Sabtu:

– Kes kematian ke-97 (kes ke-2354) merupakan lelaki warganegara Malaysia berumur 62 tahun dan mempunyai latar belakang penyakit jantung. Beliau telah dirawat di Hospital Sungai Buloh, Selangor pada 28 Mac 2020 dan disahkan meninggal dunia pada 25 April 2020 jam 3.53 pagi.

– Kes kematian ke-98 (kes ke-2806) merupakan perempuan warganegara Malaysia berumur 62 tahun dan mempunyai latar belakang penyakit darah tinggi. Beliau mempunyai sejarah kontak rapat dengan kes positif COVID-19 iaitu kes ke-1346 (yang merupakan anak beliau). Beliau telah dirawat di Hospital Kuala Lumpur pada 22 Mac 2020 dan disahkan meninggal dunia pada 24 April 2020 jam 5.43 petang.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page @RoseMerah

Sumber : mStar

PERHATIAN: Pihak Rose Merah tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Rose Merah juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.