#SiblingsG0als: 5 Adik Beradik Selebriti Paling P0pular Di Malaysia

Mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi.

Sekarang ini dah jadi trend kalau seorang ahli keluarga dah bergelar public figure, pasti adik-beradik pun terkena tempias sekali. Tidak kira lah sama ada bergiat aktif dalam seni lakonan mahu pun nyanyian.

Berikut Gempak senaraikan 5 pasangan adik beradik yang sering menjadi tumpuan warganet:

1. Neelofa, Ameera Khan dan Athisha Khan

Siapa yang tidak kenal dengan adik beradik cantik ini? Populariti yang diperoleh Ameera dan Athisha sering membuatkan mereka menjadi perhatian umum.

Dari segi fashion dan gaya hidup sering menjadi ikutan terutamanya golongan remaja.

Ameera sedang mengusahakan jenama produk sendiri, LMK Cosmetics manakala Atisha sedang melanjutkan pelajaran di University of Birmingham, United Kingdom.

2. Elfira Loy, Ahmad Ezzrin dan Ezlisa Loy

Pasti ramai yang mengenali mereka ini. Masakan tidak, nama Elfira, Ezzrin dan Ezlisa bukan lagi asing di dunia hiburan.

Ketiga-tiga orang adik beradik mula bergiat aktif dalam indstri seni sejak kecil lagi. Walaupun kini Elfira bergelar seorang isteri dan ibu, itu tidak menjadi penghalang untuk mereka meluangkan masa bersama.

3. Nelydia Senrose, Uqasha Senrose dan Raysha Rizrose

Adik beradik ini memang cun habis!

Pada awalnya, hanya nama Nelydia dikenali selepas berlakon dalam drama Setia Hujung Nyawa.

Selepas itu, Uqasha memilih untuk mengikut jejak langkah Nelydia dan diikuti Raysha selepas menjadi juara dalam Dewi Remaja 2015.

4. Anzalna Nasir dan Adik Beradik

Siapa yang tak kenal dengan pelakon jelita Anzalna yang terkenal dengan drama Memori Cinta Suraya?

Mempunyai lima beradik iaitu Diana, Mia, Afifah dan Nazira. Keluarga ini sering menjadi perhatian warganet yang terhibur melihat keletah masing-masing.

5. Emma Maembong dan Chacha Maembong

Emma merupakan anak kesembilan daripada sebelas adik beradik. Selain Emma dan Chacha, kakak mereka, Yaya juga seorang pelakon.

Adik beradik ini sering terpalit dengan kontroversi panas namun itu tidak memutuskan semangat mereka untuk terus berkarya.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page @RoseMerah

Sumber : gempak

PERHATIAN: Pihak Rose Merah tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Rose Merah juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.