“Semangat Fr0ntliner Bantu Rakyat Malaysia Dicembvrui,” Kini On Bazaar Nak Hubungkan Peniaga Dengan 30,000 Pembeli Sepanjang Ramadan

PERANG melawan Covid-19 memaksa masyarakat di negara ini menjadi lebih kreatif dalam usaha meneruskan kelangsungan hidup.

Sebagaimana ketetapan kerajaan misalnya, bazar Ramadan pada tahun ini turut dibatalkan bagi mengelakkan penularan wabak berbahaya itu terus menular.

Tidak menjadikan keterbatasan itu sebagai satu alasan, usahawan muda yang juga pengasas kepada agensi pemasaran tempatan, Mohamad Afiq Abd Molok tampil dengan idea yang cukup bernas.

Jasa kami tak setanding frontliner! Usahawan muda ini bina platform On Bazaar untuk bantu peniaga bazar Ramadan.

Bagaikan satu berita gembira buat peniaga bazar Ramadan, satu alternatif baharu diperkenalkan yang mana ia dikenali sebagai On Bazaar.

Apa itu On Bazaar? Ia merupakan platform yang mana peniaga dihubungkan terus dengan pembeli mengikut jarak pergerakan yang disarankan kerajaan iaitu 10 kilometer (km) daripada kediaman.

Bukan sekadar aktiviti jual beli, ia turut menawarkan khidmat pemasaran (marketing) yang bersesuaian untuk mana-mana peniaga yang menyertainya.

Peniaga bazar Ramadan tak perlu risau tiada jualan pada tahun ini. Daftar sebagai vendor On Bazaar sekarang!

Menurut Mohd Afiq, aspek pemasaran dalam talian adalah kelebihan pasukannya dan tentunya ia dapat membantu merealisasikan matlamat peniaga untuk menjana pendapatan terutama sepanjang bulan Ramadan seperti mana tahun-tahun sebelum ini.

“Kami amat mencemburui barisan frontliner yang berkorban untuk rakyat Malaysia, justeru kami berharap usaha kecil kami ini dapat membantu peniaga bazar untuk meringankan kesulitan mereka.

“Kami komited untuk membantu golongan peniaga bazar yang tersepit dengan keadaan semasa dan dalam masa sama dapat membangkitkan suasana ceria di bulan Ramadan dengan menghidangkan juadah kegemaran yang boleh dibeli secara dalam talian ketika berbuka puasa ,” ujar Mohd Afiq.

Kata usahawan muda itu lagi, dia dan pasukannya hanya memperuntukkan masa dua minggu untuk mengumpul pembeli dan vendor mengikut kawasan yang bersesuaian bagi merealisasikan On Bazaar.

Bagi yang berminat dan tertanya-tanya, berikut kami senaraikan kelebihan menjadi vendor menerusi platform On Bazaar.

1) On Bazaar akan mempromosikan makanan anda kepada lebih 30 000 pembeli sekitar Kuala Lumpur/ Selangor.

2) Lokasi bazar spesifik di setiap kawasan anda. Radius pelanggan (5km -10km).

3) On Bazaar sediakan sistem dan marketing kepada anda, sekaligus menjimatkan kos pemasaran vendor.

Untuk Pendaftaran sebagai vendor, anda boleh join Channel Telegram Vendor On Bazaar dengan maklumat lanjut dapat diperoleh di sini: https://t.me/OnBazaarVendor

Sebarang info tambahan yang lebih terperinci, sila layari laman sesawang : (www.onbazaar.com.my)

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page @RoseMerah

Sumber : mStar

PERHATIAN: Pihak Rose Merah tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Rose Merah juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.