“VVIP Didkwa lngk@r PKP Dipanggil P0lis,” Ismail Sabri Ingatkan Wakil Rakyat Keluar Bekerja Tak Perlu R0mb0ngan Besar

POLIS telah memanggil orang kenamaan (VVIP) yang didakwa melanggar Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) susulan penularan gambar menunjukkan tindakan  mereka di media sosial.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sekali lagi menegaskan bahawa tiada sesiapa pun boleh mengatasi undang-undang termasuk VVIP.

“Dalam kes melibatkan anggota kerajaan, pihak polis telah pun memanggil mereka yang berkenaan dan tindakan seterusnya bergantung kepada polis

“Jadi, tidak betul tanggapan dan tuduhan ada perbezaan dari segi pendekatan polis kepada setiap pesalah atau mereka yang ingkar PKP.

“Pihak polis telah ambil tindakan dan apakah tindakan seterusnya, kita serahkan kepada pihak polis,” katanya pada sidang media harian, petang Ahad.

Sesi jamuan beramai-ramai dalam sesi lawatan yang dihadiri oleh beberapa wakil rakyat. 

Beliau bagaimanapun tidak mendedahkan identiti VVIP mahupun wakil rakyat yang telah dipanggil oleh pihak polis.

Ismail Sabri berkata, wakil rakyat atau pemimpin merupakan antara individu atau kumpulan dibenarkan bertugas.

Bagaimanapun, katanya, ia tertakluk kepada prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan Majlis Keselamatan Negara (MKN).

“Wakil rakyat tugas mereka untuk menjaga rakyat di kawasan masing-masing. Tapi tak boleh buat perjumpaan besar-besaran, program penyerahan bantuan besar-besaran, jamuan besar-besaran juga tidak dibenarkan.

“Tak perlu rombongan yang ramai, cukup dua atau tiga orang saja mengikuti rombongan mereka untuk membahagikan makanan atau bantuan-bantuan lain,” katanya.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page @RoseMerah

Sumber : mStar

PERHATIAN: Pihak Rose Merah tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Rose Merah juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.