“Katakan PKP Tamat, Bukan Boleh Bebas Seperi Biasa…” P0lis Tambah R0adbl0ck, Awas Jika Ada Nak Sambut Puasa di Kamp0ng

POLIS Diraja Malaysia (PDRM) akan menambah sekatan jalan raya di seluruh negara, menjelang Ramadan yang bakal tiba minggu depan.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, keputusan kerajaan berhubung pergerakan antara negeri masih kekal iaitu ia tidak dibenarkan kecuali mendapat surat kebenaran daripada PDRM.

“Kita jangka mungkin ada ura-ura untuk pulang ke kampung menyambut puasa dan sebagainya, pihak polis akan menambah sekatan jalan raya sama ada di ibu negara atau di mana saja bagi memastikan kawalan dapat dipertingkatkan,” katanya pada sidang media, petang Ahad sambil menambah kerajaan terus bertindak tegas dan keras terhadap mereka yang mengingkari PKP.

Ismail Sabri berkata, prosedur operasi standard (SOP) bagi perjalanan udara, sama seperti perjalanan darat dan udara yang perlu mendapatkan surat kebenaran polis.

“Pergerakan antara negeri hanya dibenarkan untuk kecemasan sahaja seperti kematian ahli keluarga atau isu kesihatan,” katanya.

Di bawah Akta 342 iaitu Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988, jelasnya, adalah menjadi satu kesalahan sekiranya mereka bergerak lebih dari 10 kilometer sepanjang PKP dilaksanakan.

“Jumpa pihak polis, minta kebenaran dan barulah tempah tiket penerbangan,” katanya.

Ditanya mengenai syarikat penerbangan yang mula mengadakan iklan jualan tiket kepada orang ramai, Ismail Sabri berkata, mereka hanya boleh beroperasi apabila dibenarkan oleh kerajaan.

“Walaupun mereka jual, tetapi daripada segi operasi akan ditentukan oleh kerajaan.

“Kalau dah tamat PKP sekalipun, akan ada SOP-SOP tertentu yang akan kita perkenalkan.

“Katakanlahn(PKP) tamat, bukan esok boleh bebas seperti hari-hari biasa sebelumnya, mesti ada SOP-SOP akan diperkenalkan oleh kerajaan. Kalau mereka jual sampai tarikh itu (penerbangan), kita tak benarkan maka kita tidak benarkan,” katanya.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page @RoseMerah

Sumber : mStar

PERHATIAN: Pihak Rose Merah tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Rose Merah juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.