“Terkini” Menteri Ag@ma Umumkan UPKK Dibatalkan Tahun Ini

Selaras dengan Kementerian Pendidikan Malaysia, Menteri Di jabatan Perdana Menteri (Kementerian Agama) Datuk Dr Zulkifli Al Bakri memaklumkan bahawa Ujian Penilaian Kelas KAFA (UPKK) bagi tahun 2020 dibatalkan.

Perkara tersebut adalah berhubung dengan keadaan semasa berkenaan pendemik Covid-19.

Pada asalnya, UPKK untuk peperiksaan bertulis dijadualkan pada September hingga awal Oktober 2020, namun dibatalkan seperti peperiksaan PT3 dan juga UPSR yang turut dijadualkan pada sekitar September dan Oktober.

Sebelum ini, Menteri Kanan Pelajaran Malaysia, Dr Mohd Radzi Jidin telah memaklumkan bahawa kerajaan menunda SPM, STPM serta beberapa peperiksaan penting ke tahun hadapan ekoran Covid-19 yang melanda negara.

Sesi persekolahan KAFA turut akan dibuku mengikut ketetapan KPM, namun belum lagi dimaklumkan tarikhnya.

Berita lanjut menyusul.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page @RoseMerah

Sumber : Harian Metro

PERHATIAN: Pihak Rose Merah tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Rose Merah juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.