“Malaysia Catat 69 Kes Baharu C0vid-19,” Dua Lagi Kematlan Dilap0rkan

PENULARAN Covid-19 di negara ini merekodkan 69 kes baharu, menjadikan keseluruhan 5,251 kes setakat Jumaat.

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, Malaysia turut mencatatkan dua lagi korban akibat virus itu, menjadikan setakat ini 86 kematian keseluruhan.

“Daripada maklumat terkini yang dilaporkan ke Crisis Preparedness and Response Centre (CPRC) Kebangsaan, dukacita dimaklumkan bahawa terdapat pertambahan dua lagi kes kematian berkaitan Covid-19.

“Justeru, jumlah kumulatif kes kematian Covid-19 di Malaysia adalah sebanyak 86 kes,” ujarnya menerusi sidang media Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Jumaat petang.

Datuk Dr Noor Hisham Abdullah.

Setakat ini, 51 pesakit berada di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan 26 memerlukan bantuan pernafasan.

Dalam pada itu, 201 pesakit Covid-19 dibenarkan discaj pada hari ini, menjadikan keseluruhan 2,967 bersamaan 56.5 peratus daripada jumlah kes keseluruhan.

Berikut perincian dua kes kematian terbaharu di negara ini: 

– Kes kematian ke-85 (kes ke-5064) merupakan lelaki warganegara Malaysia berumur 85 tahun. Beliau mempunyai sejarah kontak rapat dengan kes positif Covid-19, iaitu kes ke4657 berkaitan dengan kluster PUI Bali. Beliau telah dirawat untuk penyakit barah darah di sebuah pusat perubatan swasta dan kemudiannya dipindah ke Hospital Tengku Ampuan Afzan, Pahang pada 15 April 2020 dan disahkan meninggal dunia pada 16 April 2020 jam 3.30 petang.

– Kes kematian ke-86 (kes ke-5183) merupakan lelaki warganegara Malaysia berumur 85 tahun dan mempunyai latar belakang penyakit darah tinggi dan strok. Beliau mempunyai sejarah kontak rapat dengan kes positif COVID-19, iaitu kes ke2321. Beliau telah dirawat di Pusat Perubatan Universiti Malaya pada 1 April 2020 dan disahkan meninggal dunia pada 16 April 2020 jam 8.56 malam.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page @RoseMerah

Sumber : mStar

PERHATIAN: Pihak Rose Merah tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Rose Merah juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.