“Dia Suka Acah-acah Smseng Tapi Tak Ada Yang Tak0t” ‘Pad@h’ Nak Tvnjuk Stunt Paling Gempak, Pengakhlrannya Amat Menyedlhkan

“KAWAN-kawan saya semua masuk air, seorang dah mula, habis semua ikut.”

Begitulah gambaran yang diberikan oleh Saiful Wazien, 24, mengenai rakan-rakan sekelasnya.

Baru-baru ini video yang dimuatnaik pemuda yang mesra disapa Wazien itu tular selepas salah seorang rakannya terjatuh ketika merakamkan video menyahut cabaran #QuarantineFightChallenge yang popular di laman sosial.

Ketika dihubungi mStar, Wazien memberitahu rakannya yang terjatuh itu adalah Ameerol, 23, yang mengambil jurusan teater di Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (Aswara).

“Masa dia jatuh tu, tak henti-henti dia maki saya. Dia cakap disebabkan saya minta buat video viral tu, pinggang dia sakit.

“Saya dah pesan, buat aksi biasa sahaja, tapi dia tetap nak buat lain daripada lain,” ujar Wazien yang memberitahu dia dan rakan-rakannya mahir melakukan aksi stunt.

Tweet Wazien pada Selasa mendapat perhatian netizen.

Ketika ditanya mengenai waktu video tersebut dimuatnaik iaitu jam 6.58 pagi, Wazien mendedahkan bahawa dia tidak tidur semalaman hanya kerana mahu membuat suntingan sebelum dikongsi di laman sosial.

“Saya tweet video tu pagi Selasa, satu malam saya habiskan masa untuk edit.

“Saya rasa part dia jatuh tu memang kelakar, tu yang saya tambah tarian keranda yang tengah viral sekarang ni di penghujung video.

“Tak sangka ramai sangat netizen terhibur dengan tweet tu,” beritahu Wazien yang berasal dari Cheras, Kuala Lumpur.

“Pernah sekali kami makan sama-sama, tiba-tiba ada seorang rakan lain datang makan juga. Ameerol merajuk bila saya tanya kawan saya tu makan apa tapi tak tanya dia.”

SAIFUL WAZIEN

PENUNTUT ASWARA

Wazien yang juga penuntut semester kedua Aswara memberitahu pada awalnya, pelawaannya untuk membuat video itu kurang mendapat sambutan dengan hanya disertai empat rakannya.

“Mulanya lima orang kami je dalam grup WhatsApp yang join challenge tu, lepas semua tengok video kami berlima, habis satu kelas 28 orang terlibat sekali.

“Mereka pun bosan waktu PKP ni. Ada yang duduk di rumah, hostel dan ada juga yang masih di asrama. Video penuh kami sekelas ada saya muat naik di Youtube,” ujar Wazien yang juga pandai bersajak, selain berlakon teater.

Wazien menyifatkan rakan-rakan sekelasnya mudah mesra.

Bercerita lanjut mengenai Ameerol, Wazien memberitahu rakannya itu seorang yang ‘gila-gila’.

“Saya rapat dengan dia sejak masuk Aswara. Dia suka acah-acah samseng tapi takde orang pun takut dengan dia.

“Pernah sekali kami makan sama-sama, tiba-tiba ada seorang rakan lain datang makan juga. Meerol merajuk bila saya tanya kawan saya tu makan apa tapi tak tanya dia,” ujar Wazien.

Wazien (kiri) memberitahu bahawa Ameerol merupakan antara kawan rapatnya di Aswara.

Video berdurasi 44 saat yang dimuatnaik di Twitter pada Selasa lalu sehingga kini telah mendapat hampir 100,000 tontonan dan 8,700 ulang kicau (retweet).

Rata-rata netizen terhibur dengan aksi spontan tersebut.

“Seronok tengok friendship hangpa, kawan aku bila mesej dalam group seorang dua je yang balas,” ujar seorang pengguna Twitter.

“Hahaha suka betul tengok part orang pegang keranda tu,” tambah netizen lain.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page @RoseMerah

Sumber : mStar

PERHATIAN: Pihak Rose Merah tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Rose Merah juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.