“Sebagai 0rang Islam Kami Tak B0leh Terima” Gol0ngan Muslim Mar4h Kerajaan Sri Lanka Wajibkan Pemba@aran May@t Pesaklt C0vid-19

Dalam Islam, kita ada garis panduan cara menguruskan mayat yang perlu diikut. Disebabkan ini, golongan Muslim yang merupakan minoriti di negara Sri Lanka telah mengadakan protes meminta kerajaan untuk menguruskan mayat Muslim yang dijangkiti Covid-19 ini diuruskan dengan betul.

Menurut Al-Jazeera, walaupun orang Islam di sana dah buat protes, nampaknya kerajaan tak menghiraukan permintaan dorang dan membuat keputusan untuk mewajibkan pembakaran mayat bagi pesakit Covid-19 yang meninggal dunia.

Untuk pengetahuan korang, setakat ini negara pulau ini telah mempunyai sebanyak tujuh kematian akibat penyakit berjangkit ini dan tiga darinya adalah orang Islam.

Walaupun Organisasi Kesihatan Dunia (WHO) telah mengeluarkan kenyataan menyatakan pesakit Covid-19 boleh ditanam atau dibakar, Menteri Kesihatan Sri Lanka, Pavithra Wanniarachchi tetap berpegang teguh dengan keputusan pembakaran mayat.

Mayat seseorang yang mati kerana Covid-19 atau disuspek mempunyai Covid-19 perlu dibakar.”

Parti politik Islam di negara tersebut telah menuduh kerajaan di sana telah membuat keputusan kejam dan mengkhianati ritual dan permintaan keluarga.

Bukan tu je, beberapa kumpulan kanan turut mengkritik keputusan kerajaan Sri Lanka ini dan mengatakan, di saat-saat genting seperti ini, kerajaan sepatutnya menyatu padukan rakyat dan bukannya meletakkan jarak sebegini antara mereka.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page @RoseMerah

Sumber : lobak merah

PERHATIAN: Pihak Rose Merah tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Rose Merah juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.