“Jenzah Islam Hanya Dibenarkan Untuk Ditayamum Di Pemukaan Beg…” KKM

Sebentar tadi, Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia Datuk Dr Noor Hisham Abdullah seperti biasa akan mengumumkan perkembangan terkini berkenaan Covid-19 di Malaysia.

Setakat hari ini, seramai 222 kes sembuh direkodkan menjadikan 1,830 orang pesakit yang sudah discaj dan bebas daripada Covid-19.

Namun begitu, 3 kematian telah berlaku menjadikan keseluruhan kes kematian adalah 70 orang. 118 kes baru dinyatakan hari ini sekali gus menambah jumlah kumulatif positif Covid-19 di Malaysia adalah seramai 4,346.

Kita masih diperingkat pertengahan

Dalam pada itu juga, pihak KKM menyambut baik pengumuman Perdana Menteri yang melanjutkan tempoh PKP sehingga 28 April. Ia kerana kita tidak boleh tergesa-gesa mengistiharkan kemenangan terhadap Covid-19 kerana kita masih lagi di peringkat pertengahan ‘perjuangan.’

Urusan semua diatas permukaan beg mayat

Dalam pada itu, Noor Hisham turut menyatakan berkenaan urusan pengembumian jenazah pesakit Covid-19 meliputi semua agama hasil muzakarah bersama.

Menurutnya, bagi agama Islam, jenazah hanya boleh ditayamum pada permukaan lapik plastik jenazah dan bagi agama-agama lain, upacara keagamaan terhadap si mati hanya boleh dilakukan di permukaan plastik yang menutupi jenazah pesakit Covid-19.

“Tatacara tersebut merangkumi pengurusan jenazah Islam di mana hanya dibenarkan untuk ditayamum di atas permukaan beg jenazah, manakala bagi mayat bukan Islam apa-apa upacara keagamaan dan tradisi hanya dibuat di atas permukaan beg mayat.”

Perkara itu telah  dipersetujui oleh Mesyuarat Jawatankuasa Muzakarah Khas Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia yang telah bersidang pada 15 Mac serta Majlis Perundingan Malaysia, Agama Buddha, Kristian, Hindu, Sikh, dan Tao (MCCBCHST).

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page @RoseMerah

Sumber : KKM

PERHATIAN: Pihak Rose Merah tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Rose Merah juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.